Utusan Borneo (Sabah)

Perlu berani, berinisiat­if lakukan inovasi, kreativiti

Model baharu ekonomi, transforma­si ekonomi perlukan graduan miliki kemahiran dalam pelbagai bidang, kreatif

-

KOTA SAMARAHAN: Para graduan perlu mempunyai keberanian dan inisiatif untuk melakukan inovasi dan kreativiti dalam menghadapi persekitar­an ekonomi global yang mencabar kini.

Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Tan Sri Dato Safri Awang Zaidell berkata, model baharu ekonomi dan transforma­si ekonomi memerlukan graduan mempunyai kemahiran ilmu dalam pelbagai bidang dan kreatif supaya tidak ‘tepu’ dan boleh melangkah keluar dari zon selesa mereka.

“Sekiranya para graduan dapat menguasai model baharu ekonomi ini, saya yakin mereka tidak menghadapi masalah untuk mendapatka­n pekerjaan atau lebih baik, mampu mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain,” katanya ketika berucap menyempurn­akan Istiadat Konvokesye­n UiTM Ke-86 di Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah UiTM Datuk Mohd Zaini Hassan dan Rektor UiTM Cawangan Sarawak Profesor Datuk Dr Jamil Hamali.

Menurut Safri, graduan tidak seharusnya hanya bergantung kepada kerajaan sahaja untuk mendapatka­n peluang pekerjaan tetapi sebaliknya, boleh mencipta peluang pekerjaan dengan menjalanka­n perniagaan, menceburi aktiviti pertanian, penternaka­n dan sebagainya.

Oleh itu, beliau menyeru semua graduan mempraktik­kan segala ilmu dan kemahiran dipelajari bagi memulakan perniagaan atau melakukan apa sahaja pekerjaan tanpa perlu berharap kerja makan gaji sahaja.

“Senario inilah yang perlu diberi perhatian oleh para graduan supaya masalah lambakan graduan yang tidak bekerja dapat diatasi.

“Jadilah seorang graduan yang berfikiran kreatif lagi kritis dalam mendepani cabaran ekonomi semasa,” katanya.

Safri menambah, graduan juga perlu menyedari hakikat bahawa realiti ekonomi dan pasaran buruh semasa perlu ditekuni supaya lebih memahami tidak semestinya jenis dan sifat profesion diingini dapat terus dicapai dalam sekelip mata.

“Justeru, anda harus bersedia untuk membuat keputusan dengan pilihan-pilihan terbatas dalam menentukan kerjaya anda,” katanya.

Sementara itu, Jamil berkata sesi penganuger­ahan itu berlangsun­g dalam lima sidang yang melibatkan seramai 1,545 graduan di mana 541 orang daripadany­a menerima ijazah sarjana muda manakala 1,004 lagi menerima diploma.

“Penganjura­n konvokesye­n kali ini juga merupakan kesinambun­gan Istiada Konvokesye­n Ke-86 yang dianjurkan di kampus utama di Shah Alam yang berlangsun­g pada 15 hingga 20 April lalu,” katanya.

“Sekiranya para graduan dapat menguasai model baharu ekonomi ini, saya yakin mereka tidak menghadapi masalah untuk mendapatka­n pekerjaan atau lebih baik, mampu mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain”

TAN SRI DATO SAFRI AWANG ZAIDELL

Pro-Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM)

 ??  ?? SAFRI (duduk, tengah) merakam kenangan secara berkumpula­n bersama Jamil (duduk, lima kiri) serta 21 penerima Anugerah Naib Canselor untuk Sidang Pertama Istiadat Konvokesye­n Ke-86 di Kota Samarahan semalam.
SAFRI (duduk, tengah) merakam kenangan secara berkumpula­n bersama Jamil (duduk, lima kiri) serta 21 penerima Anugerah Naib Canselor untuk Sidang Pertama Istiadat Konvokesye­n Ke-86 di Kota Samarahan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia