Pemandu perlu berhemah dan berdisiplin
LPKP bersama JPJ Sandakan anjur ‘Program Pemanduan Selamat dan Berhemah’
LEMBAGA Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah (LPKP) menerusi pejabat cawangannya di LPKP Sandakan dengan kerjasama Jabatan Penangkutan Jalan (JPJ) Sandakan telah menganjurkan Program Pemanduan Selamat dan Berhemah di Politeknik Sandakan, di sini, barubaru ini.
Ketua Cawangan LPKP Sandakan Mohd Soffian Eting berkata program itu menyasarkan pengusaha dan pemandu bas berhentihenti di daerah ini.
Katanya program turun padang yang dilaksanakan pada tahun ini secara kolaborasi antara LPKP dan JPJ itu merupakan sebahagian daripada akitiviti yang telah dirancang di bawah Jawatankuasa Lalu Lintas Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).
Mohd Soffian menjelaskan antara objektif utama penganjuran program pada kali ini ialah untuk mendidik dan membimbing para pemandu pengangkutan perkhidmatan awam khususnya bas berhentihenti agar lebih berdisplin ketika berada di jalan raya, di samping menjamin keselesaan serta keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.
Selain itu, pemandu bas berhenti-henti ini juga berperanan menaikkan imej serta nama baik pengangkutan perkhidmatan awam itu sendiri di mata masyarakat umum.
Majlis perasmian program itu disempurnakan oleh Setiausaha MPS Jeffery Haji Aman.
Dalam ucapannya, Jeffery meminta agar semua pemandu kenderaan perkhidmatan awam di daerah ini khususnya pemandu-pemandu bas henti-henti supaya sentiasa membudayakan pemanduan berhemah semasa berada di jalan raya demi keselamatan para penumpang dan semua pengguna jalan raya.
“Semua pihak termasuklah para pemandu pengangkutan awam perlu bersama-sama menjaga kebersihan dan imej bandar Sandakan khususnya para pelancong dan orang luar yang datang ke daerah ini yang sering menggunakan perkhidmatan itu,” katanya.
Terdahulu, agensi penguatkuasa seperti JPJ, polis (PDRM) dan pihak LPKP sendiri sering menerima pelbagai aduan daripada masyarakat tentang mutu perkhidmatan pengangkutan awam.
Antara aduan yang dilaporkan ialah seperti pemandu bas yang memandu secara laju dan berbahaya, memandu dan memakir secara melulu ketika mengambil penumpang, memendekkan laluan yang telah ditetapkan, tidak berpakaian kemas seperti yang ditetapkan, beroperasi dengan permit tamat tempoh serta memandu di bawah pengaruh barangan terlarang.
Selain bekerjasama dengan pihak penguatkuasa berkaitan, pihak penganjur turut menjemput Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sandakan untuk menyampaikan taklimat kepada para peserta program.
Taklimat disampaikan oleh Ketua Daerah AADK Sandakan Aisyah Abdul Karim, manakala Pegawai Kepolisian Am Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan ASP Samsu Syakir mewakili PDRM Sandakan.
Dalam sesi dialog bersama JPJ Sandakan, LPKP dan PDRM, Pegawai Penguatkuasa Kanan JPJ Sandakan Lian Anyi turut mencadangkan agar pihak persatuan bas berhenti-henti di daerah ini dapat bekerjasama dengan pihak penguatkuasa untuk mengatasi masalah yang sering dibangkitkan oleh masyarakat umum.
“Iaitu, dengan mempamerkan nombor aduan terus kepada pihak pengerusi Persatuan Bas Berhenti-henti untuk diselesaikan secara dalaman, melainkan bagi kes-kes yang memerlukan tindakan selanjutnya yang perlu ditangani oleh pihak penguatkuasa berkaitan,” katanya.
Pada akhir sesi program itu, Mohd Soffian mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan atas kerjasama dan komitmen tinggi pihak yang berkenaan seperti MPS, JPJ, PDRM, AADK dan Persatuan Bas Mini Bumiputera Sandakan dalam usaha menjayakan program secara NBOS itu.
“Pihak LPKP sendiri juga komited untuk menyelesaikan isuisu berbangkit yang melibatkan pengangkutan perkhidmatan awam di daerah Sandakan, bukan sahaja bas berhentihenti malah semua jenis kenderaan yang didaftarkan dibawah LPKP Sabah,” katanya.
Katanya tindakan penguatkuasaan bukanlah satu cara terbaik untuk menyelesaikan masalah malah sebaliknya, ia memerlukan kerjasama bersepadu antara semua pihak untuk menangani isu itu secara ‘menangmenang’.
Selaku Ketua LPKP Cawangan Sandakan, beliau berharap penganjuran program itu sedikit sebanyak dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang ditimbulkan, sekali gus dapat menambah kefahaman dan kesedaran para pemandu demi meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan pengangkutan awam, khasnya di daerah Sandakan.
“Semua pihak termasuklah para pemandu pengangkutan awam perlu bersama-sama menjaga kebersihan dan imej bandar Sandakan khususnya para pelancong dan orang luar yang datang ke daerah ini yang sering menggunakan perkhidmatan itu. JEFFERY HAJI AMAN Setiausaha MPS