Umat Islam harus perkasa perpaduan
MENUMBOK: Perkembangan dunia tanpa sempadan membuatkan umat Islam harus memperkasakan perpaduan dan persefahaman yang sedia ada.
Pengerusi Perkasa Trading Sdn Bhd Datuk Isnin Haji Aliasnih berkata umat Islam berhadapan pelbagai cabaran yang amat getir ketika ini.
“Sama ada kita mahu ataupun tidak, kita harus memperkasakan perpaduan dan persefahaman yang sedia ada untuk menghadapi cabaran,” katanya pada Majlis Tilawah al-Quran peringkat Pedalaman Bawah, di sini, kelmarin.
Beliau berkata penggunaan secara meluas media sosial dan popular dalam kalangan generasimudamembukaruang serta peluang kepada musuh Islam untuk mempengaruhi dan memesongkan pemikiran umat Islam.
Katanya musuh Islam menggunakan media sosial untuk menghancurkan kekuatan umat Islam ketika ini dan sasarannya terarah kepada generasi muda.
Isnin berkata pelbagai isu sensitif, fitnah dan tohmahan bukan sekadar disebarluaskan menerusi media sosial tetapi turut disensasikan oleh musuh Islam untuk memesongkan pemikiran umat Islam.
“Sasaran mereka lebih kepada generasi muda Islam kerana media sosial amat popular dalam kalangan generasi muda.
“Kekuatan Islam tidak akan mampu kita pertahankan jika kita mengambil sikap tidak peduli dan enggan memperkasakan perpaduan serta persefahaman yang sedia ada,” katanya.
Beliau memberitahu perpaduan dan persefahaman itu melahirkan semangat kerjasama dan seterusnya mewujudkan kesatuan yang kukuh.
Katanya kesatuan itulah yang mengajak umat Islam untuk sentiasa bersama dan berusaha bersama untuk mencapai kejayaan serta kecemerlangan.
Bagaimanapun, Isnin berkata kekuatan yang dimiliki oleh umat Islam amat penting untuk diperkasakan.
“Kita perlu sedar bahawa musuh Islam sentiasa berusaha gigih untuk menghapuskan kehebatan yang kita miliki dan inilah yang memerlukan kita untuk memperkasakan perpaduan dan persefahaman yang sedia ada,” katanya dan menambah, umat Islam juga perlu memastikan alQuran sebagai panduan untuk memperkasakan perpaduan dan persefahaman.
Menurutnya umat Islam juga perlu mendekatkan generasi muda dengan alQuran dan memastikan generasi itu menjadikan alQuran sebagai panduan untuk meraih kejayaan dan juga kecemerlangan.