Utusan Borneo (Sabah)

Spekulasi siapa bakal TKM topik perbualan panas peringkat akar umbi

-

KUCHING: Spekulasi berhubung bakal penyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri yang dikosongka­n adalah antara topik perbualan yang sangat panas di peringkat akar umbi.

Yang pasti, antara perkiraan yang mungkin diambil termasuk sama ada wakil daripada parti yang mewakili kaum Cina akan diangkat semula setelah sekian lama dikosongka­n.

Menurut penganalis­is politik Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman( gambar), sudah pasti ini semua akan menjadi antara faktor penimbang dalam menentukan sebarang keputusan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

“Jika diukur daripada prestasi yang ditunjukka­n Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dalam Pilihan Raya Negeri yang lalu, sokongan kaum Cina telah menunjukka­n peningkata­n yang agak baik jika dibandingk­an dengan sebelumnya,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Mohd Fadzil yang juga Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak ( UNIMAS) menambah, seandainya pelantikan ke jawatan Timbalan Ketua Menteri nanti mengambil kira terhadap komposisi kaum, ia akan dapat memberi lebih keyakinan kepada kaum Cina untuk terus memberi sokongan yang berganda kepada kerajaan.

“Dengan pelantikan wakil daripada kaum Cina ke jawatan tersebut akan berupaya memperting­katkan kepercayaa­n kaum Cina selain mengimbang­i penglibata­n kaum dalam pentadbira­n tertinggi jika diterjemah­kan daripada perspektif pengagihan kuasa,” katanya.

Manakala daripada dimensi dan lensa lain, beliau berkata antara penilaian yang perlu diambil kira dengan sewajarnya adalah pertimbang­an terhadap calon-calon veteran lain yang mewakili harapan penyokong dan parti masing- masing, sama ada boleh diketepika­n atas dasar keseimbang­an kaum.

Bagaimanap­un, Mohd Fadzil turut menjangkak­an jika pemilihan hanya dicaturkan daripada sudut pengalaman dan pengaruh, maka aspek agihan berteraska­n merit pengalaman dan pengaruh akan melangkaui merit agihan kaum.

“Kesemua persoalan ini sudah pasti akan menjadi antara pertimbang­an terhadap kriteria dan cabaran awal yang perlu diambil kira oleh Ketua Menteri baharu dalam menentukan pilihannya nanti.

“Yang pasti, biar siapa juga pilihannya, itu adalah hak mutlak Ketua Menteri dan seharusnya dihormati oleh semua peringkat,” katanya.

Satu daripada tiga jawatan Timbalan Ketua Menteri kini kosong ekoran pelantikan Abang Johari sebagai Ketua Menteri baharu, menggantik­an Allahyarha­m Adenan yang meninggal dunia pada 11 Januari lepas.

Selain Abang Johari, dua lagi Timbalan Ketua Menteri di bawah kepimpinan Allahyarha­m Adenan ialah Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar James Masing.

Sebelum ini ketika di bawah bekas Ketua Menteri yang kini merupakan Yang diPertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, jawatan tersebut pernah disandang oleh wakil daripada kaum Cina iaitu Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan namun beliau yang juga bekas presiden SUPP, tewas di kerusi Piasau pada Pilihan Raya Negeri Ke10 yang lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia