Utusan Borneo (Sabah)

AmorePacif­ic akan bawa masuk lebih banyak jenama kosmetik Korea Selatan

-

JOHOR BAHRU: AmorePacif­ic Malaysia Sdn Bhd merancang mambawa masuk lebih banyak produk kosmetik Korea Selatan ke Malaysia ekoran sambutan menggalakk­an ke atas produk terbabit daripada pelanggan.

Pengurus Besarnya Margaret Chin berkata syarikat itu, unit milik penuh AmorePacif­ic Corp yang berpangkal­an di Korea Selatan, memiliki 30 jenama tersedia di Korea Selatan.

Ia memperkena­lkan lima jenama -- Laneige, Sulwhasoo, Innisfree, Mamonde dan Etude House, di Malaysia, katanya.

“Kami berharap dapat mengenal pasti lebih banyak jenama menjelang 2018 atau 2019, namun untuk masa ini, inilah lima jenama utama dunia yang kami bawa masuk ke sini dan negara ASEAN yang lain,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru- baru ini.

Beliau berkata penerimaan oleh rakyat Malaysia ke atas produk ini sangat meng- galakkan, dan memenuhi pelbagai segmen pengguna, membolehka­n mereka membeli produk berdasarka­n keperluan dan kemampuan mereka.

Syarikat itu kini agresif meluaskan kehadirann­ya di seluruh negara dengan Mamonde menjadi jenama terbaharu diperkenal­kan di sini.

Ia memiliki kira-kira 150 produuk, daripada penjagaan kulit sehingglah kepada alat solek, penjagaan tangan serta produk untuk rambut.

Produk Mamonde kini boleh didapati di AEON 1Utama, AEON Mid Valley dan AEON Bukit Indah, dan syarikat itu merancang membuka lima lagi kaunter kecantikan menjelang akhir tahun.

“Kami merancang beroperasi di AEON Queensbay ( Pulau Pinang) pada Mac, AEON Tebrau (Johor) pada Mei, Parkson Sunway Pyramid, Parkson Gurney (Pulau Pinang) dan Parkson Pavilion ( Kuala Lumpur) pada akhir tahun,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia