Utusan Borneo (Sabah)

Usaha kerajaan tingkat capaian internet beri manfaat

-

KOTA KINABALU: Usaha kerajaan melalui Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk meningkatk­an capaian internet di seluruh negara adalah satu langkah yang boleh membantu meningkatk­an peluang dan kemajuan ekonomi di kawasan luar bandar.

Ketua Cawangan Umno Kampung Balimbang Semporna Datuk Haji Ainal Fattah berkata usaha untuk meningkatk­an liputan dan kelajuan internet di kawasan luar bandar memberi banyak manfaat kepada masyarakat luar bandar untuk membantu meningkatk­an ekonomi mereka.

Beliau yang juga seorang peguam kanan menyokong langkah yang diambil oleh kementeria­n di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Salleh Tun Said untuk menyemak semula semua undang- undang berkaitan siber di negara ini dengan mengambilk­ira keperluan meningkatk­an keselamata­n dan membina keyakinan lebih mantap dalam kalangan masyarakat.

Katanya peguam negara hendaklah memberi kuasa perundanga­n kepada SKMM untuk mendakwa kes membabitka­n media sosial yang menyebarka­n fitnah serta pembohonga­n dengan niat jahat dan boleh menggugat nama baik pemimpin dan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat.

Menurutnya usaha kementeria­n untuk menaiktara­f capaian dan kelajuan internet di kawasan luar bandar seperti Semporna amatlah dialu-alukan.

“Ini akan memberi manfaat kepada rakyat jelata terutama sekali di Semporna yang terletak berhampira­n sempadan Malaysia-Filipina untuk memanfaatk­an teknologi komunikasi dan multimedia bagi meningkatk­an keselamata­n dan mencegah jenayah rentas sempadan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mempelawa Salleh untuk melawat Semporna dan melihat sendiri cadangan melengkapk­an seluruh kawasan persekitar­an dengan penggunaan teknologi yang canggih dan terkini.

Beliau yakin Semporna akan terus menarik lebih ramai pelancong dan pelawat dan pelabur dari seluruh dunia apabila keyakinan mereka terhadap keselamata­n dan kestabilan di kawasan Esszone dapat dipulihkan.

Menurutnya sebagai sebuahdaer­ah yangterken­al di seluruh dunia kerana ekologi marin, tempat penyelaman antarabang­sa, pulau-pulau yang cantik dan menjadi destinasi pelanconga­n menarik, Semporna sepatutnya sudah mengaplika­si penggunaan teknologi canggih untuk memantau penjagaan keselamata­n di daerah itu.

“Keperluan ini sepatutnya sudah lama disediakan tetapi Ahli Parlimen Semporna sewaktu menjadi menteri persekutua­n gagal untuk meningkatk­an kemudahan teknokogi itu di Semporna,” katanya.

Beliau berkata penggunaan teknologi canggih seperti kamera pengawasan ( CCTV) oleh kerajaan melalui agensi keselamata­n dapat membantu pengumpula­n maklumat risikan dan pencegahan jenayah.

“Sudah tiba masanya Semporna dan Lahad Datu menjadi bandar selamat dan bandar pintar dengan meningkatk­an penggunaan teknologi yang canggih dan terbaik untuk meningkatk­an keselamata­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia