Utusan Borneo (Sabah)

Pelarian Czech sebar HIV ditangkap di Thailand

-

BANGKOK: Seorang pelarian Republik Czech yang diburu di tanah airnya kerana diketahui menyebarka­n HIV kepada beberapa mangsa, telah ditahan di sebuah kepulauan peranginan di Thailand selepas tinggal di negara itu lebih dari setahun, kata polis semalam.

Zdenek Pfeifer, 49, ditahan di apartmenny­a di pulau Phuket malam kelmarin, kata Polis Antarabang­sa (Interpol) Thailand dalam satu kenyataan.

Penangkapa­nnya hadir selepas laporan amaran kehadirann­ya di pusat peranginan popular itu tersebar menerusi laman sosial Thailand minggu ini.

“Polis Thailand akan menghubung­i Interpol Republik Czech sebaik sahaja dia didakwa kerana melanggar undang-undang tempatan,” kata Interpol Thailand, sambil menambah dia ditahan kerana tinggal melebihi visa.

Laporan media Czech berkata Zdenek melarikan diri dari Czech pada Jun 2015 setelah didakwa kerana sengaja menjangkit­i lebih dari satu dozen lelaki dengan HIV, termasuk seorang bawah umur.

Kolonel Krissana Pattanacha­roen, jurucakap timbalan polis kebangsaan Thailand, berkata Pfeiffer berdepan dakwaan “kesalahan seksual” di negaranya.

Dia kali pertama memasuki Thailand pada Jun 2015 atas visa pelancong, yang berakhir pada bulan Ogos tahun yang sama.

“Sepanjang tempoh itu, kami menerima notis merah dari Interpol dan polis telah menahannya kelmarin kerana tinggal melebihi visa,” kata beliau kepada AFP.

Leftenan Jeneral Nathathorn Prousoonto­rn, pemerintah polis imigresen Thailand, memberitah­u wartawan di mana tiada sebarang aduan dari penduduk tempatan di mana Pfeiffer telah menjangkit­i sesiapa dengan HIV.

Phuket adalah destinasi pelancong terkenal di selatan Thailand dan dikenali kerana hotel peranginan dan juga zon merah berpusat sekitar Pantai Patong.

 ?? — Gambar AFP ?? GAMBAR serahan Polis Diraja Thai semalam yang dirakam kelmarin menunjukka­n Pfeifer (duduk) selepas ditangkap di Phuket.
— Gambar AFP GAMBAR serahan Polis Diraja Thai semalam yang dirakam kelmarin menunjukka­n Pfeifer (duduk) selepas ditangkap di Phuket.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia