Utusan Borneo (Sabah)

TLDM KD Sri Semporna ambil inisiatif labuh tukun tiruan ke laut

- Oleh AMIR ANUAR

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) menjalanka­n inisiatif memulihara khazanah laut dan ekosistem hidupan marin menerusi penurunan tukun tiruan di perairan Tando Bulong, di sini, kelmarin.

Pegawai Laksananya Komander Nor Hakimi Isa berkata tukun itu juga diharap mampu menjadi pembiakan habitat ikan dan menjaga sumber hasil laut di perairan terbabit.

“Program julung kali diadakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini adalah inisiatif kita membantu nelayan tradisiona­l memperoleh­i hasil tangkapan yang lebih baik.

“Hal ini juga berdasarka­n kewujudan aktiviti pukat tunda dan bom ikan yang dikhuatiri merosakkan ekosistem khazanah laut, jika tiada langkah pemulihara­an diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena upacara melabuhkan lapan tukun tiruan di perairan Tando Bulong yang dirasmikan Pegawai Daerah Semporna Dr Chacho Bulah.

Tukun tiruan terbabit dihasilkan oleh 20 anggota TLDM selama dua minggu, mulai 3 Januari lepas, berasaskan barangan terbuang, seperti sangkar buaya dan alat pemadam api,

Ketua Projek Left Muhd Wafiy Nordin berkata Jabatan Perikanan menyediaka­n lokasi berkenaan yang terletak kira-kira 5 batu nautika dari Pangkalan KD Seri Semporna.

“Tukun-tukun ini diturunkan pada kedalaman air 21 meter dan kita akan turut menjalanka­n kerja pemantauan serta penyelengg­araan tukun-tukun terbabit,” katanya.

Pegawai Jabatan Perikanan Semporna Manan Osman berkata penurunan tukuntukun tiruan itu menjadikan daerah ini kini memiliki lebih 20 tukun tiruan.

Manan berkata keseluruha­nnya, tukun tiruan dilabuhkan di tujuh kawasan di perairan Semporna seperti Pulau Bohey Dulang, Sibangkat dan Pakalangan, semenjak 2000.

“Impak inisiatif ini akan membolehka­n sehingga dua tan metrik ikan dihasilkan di satu-satu tukun tiruan yang dilabuhkan ke dalam laut,” katanya.

Chacho pula memuji usaha TLDM KD Sri Semporna kerana turut prihatin memulihara ekosistem hidupan marin, selain menjaga keselamata­n perairan negara.

 ??  ?? CHACHO menyempurn­akan acara memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian insiatif TLDM KD Sri Semporna melabuhkan lapan tukun tiruan di perairan Tando Bulong, Semporna.
CHACHO menyempurn­akan acara memotong pulut kuning sebagai simbolik perasmian insiatif TLDM KD Sri Semporna melabuhkan lapan tukun tiruan di perairan Tando Bulong, Semporna.
 ??  ?? ANGGOTA TLDM bersiap-sedia untuk menurunkan tukun tiruan ke laut.
ANGGOTA TLDM bersiap-sedia untuk menurunkan tukun tiruan ke laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia