Utusan Borneo (Sabah)

14 lelaki dipenjara, denda kerana miliki dan menggunaka­n dadah

Memiliki dan menggunaka­n dadah

-

KOTA KINABALU: Seramai 14 lelaki dikenakan penjara dan denda, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas kesalahan memiliki dan menggunaka­n syabu.

Narciussus Thony Payah, Suwaib Absari, Charlton Mogimot, masing- masing dikenakan denda RM2,200 atau penjara lapan bulan, RM6,000 atau penjara 22 bulan dan penjara setahun.

Manakala Ferneldo Majid, 25, dan Djwalter Antonius dikenakan masing-masing penjara lapan bulan.

Noor Aimi Hadis, Asinden Sabunting, Cyrill Anis dan Robby Burhan dikenakan denda RM2,700 atau penjara lapan bulan, denda RM 2,300 atau penjara lapan bulan, penjara sepuluh bulan dan penjara 14 bulan.

Reduwan Mat Kasim dan M Halim Madalin dikenakan penjara tujuh bulan, Sabdin Mali didenda RM2,500 atau penjara lapan bulan, Dimas Daudin dan Rosbert Abski dipenjar lapan bulan.

Semua tertuduh dijatuhkan hukumanitu­selepasmen­gaku bersalah di hadapan Majistret Cindy Mc Juce Balitus.

Suwaib, Narcissus dan Charlton didapati memiliki dadah seberat 0.21 gram, 0.41 gram dan 0.81 gram yang mana didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kesalahan itu dilakukan antara 28 Jun hingga 26 Oktober tahun lalu di Sadong Jaya, Jalan Santung dan Jalan Nosoob Penampang.

Ferneldoda­nCyrilldid­apati memasukkan dadah ke dalam badan, pada 14 Ogos dan 17 November tahun lalu di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Kota Kinabalu dan Penampang.

Kedua- dua tertudu didakwa mengikut Seksyen 15 ( 1) ( a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Djwalter dan Asindeh memiliki dadah masingmasi­ng seberat 0.06 gram, Noor Aimi dan Cyrill didapati memiliki dadah 0.23 gram dan 0.04 gram.

Kesalahan itu dilakukan pada 21 Oktober hingga 17 November di Sepanggar, Jalan Kobusak dan Kampung Bambangan, Inanam.

Robby, Reduwan, Sabdin, M Halim, Dimas dan Rosbert memiliki dadah seberat 0.61 gram, 0.04 gram, 0.02 gram, 0.12 gram, 0.15 gram dam 0.07 gram.

Kesalahan itu didapati dilakukan pada 2 dan 18 November tahun lalu di Sepanggar, Penampang, Beverly Hills, dan Masjid Negeri Sembulan, di sini.

Dalam pada itu, Dimas dan Rosbert di diperintah­kan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia