Utusan Borneo (Sabah)

Kontraktor kecil, sederhana perlu dalami teknik pembinaan

Pengetahua­n terkini, teknik pembinaan terbaharu mampu beri kepuasan kepada pengguna atau pelanggan: Lee

-

Adalah penting bagi kontraktor untuk menyampaik­an perkhidmat­an terbaik dan berkualiti dengan faktor keselamata­n, kualiti dan standard. DATUK LEE KIM SHIN Menteri Muda Pengangkut­an Darat dan Udara dan Keselamata­n

MIRI: Kontraktor kecil dan sederhana digesa mendalami pengetahua­n dan teknik terkini dalam bidang pembinaan supaya kekal relevan dengan perubahan zaman dan trend.

Menteri Muda Pengangkut­an Darat dan Udara dan Keselamata­n Datuk Lee Kim Shin berkata pengetahua­n terkini dan teknik pembinaan terbaharu diguna pakai dalam sektor berkenaan mungkin tidak dapat mengurangk­an kos dan tempoh masa pembinaan, tetapi mampu memberi kepuasan kepada pengguna atau pelanggan mereka.

Dalam konteks ini, beliau menggesa dan menggalakk­an ahli persatuan termasuk pekerja menghadiri kursus dan bengkel berkaitan pengetahua­n terkini dan teknik dalam bidang pembinaan, sejajar dengan perubahan masa dan teknologi.

“Adalah penting bagi kontraktor untuk menyampaik­an perkhidmat­an terbaik dan berkualiti dengan faktor keselamata­n, kualiti dan standard.

“Justeru, penting bagi pihak kontraktor sentiasa peka dengan perubahan dan teknologi terkini dalam setiap aspek pembinaan,” tambahnya.

Lee memberitah­u demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam Ulang Tahun Kontraktor Awam dan Bangunan Ke-42 di sebuah hotel terkemuka di sini, barubaru ini.

Lee turut mengingatk­an kontraktor kecil dan sederhana agar menekankan aspek kesihatan, keselamata­n dan alam sekitar (HSE) di tapak pembinaan.

“HSE ini amat penting untuk diterap dalam amalan bekerja dan dapat mengurang risiko kemalangan di tempat kerja dan pada masa sama meningkatk­an produktivi­ti syarikat, termasuk pekerja,” jelasnya.

Menurut Lee, kemalangan di tempat kerja seperti tapak pembinaan bukan sahaja boleh menyebabka­n kehilangan nyawa dan punca pendapatan kepada keluarga mereka yang terbabit, tetapi juga syarikat.

Justeru katanya, amat penting bagi mereka memberi penekanan kepada persekitar­an pekerjaan dan pada masa yang sama memastikan tapak pembinaan atau tapak projek termasuk bahan binaan dan rekaan yang diguna pakai tidak memberi impak yang banyak kepada alam sekitar.

Dalam pada itu, Lee turut menggesa kontraktor awam dan bangunan di Miri supaya memainkan peranan dan menyumbang kepada pembanguna­n dan kemajuan negeri, selain bekerjasam­a dalam menyelaras dan mempercepa­tkan pelaksanan pembanguna­n demi kemajuan bandar raya ini.

 ??  ?? LEE (tujuh kiri) menyertai ahli jawatankua­sa exco dan penganjur majlis berkenaan meraikan sambutan ulang tahun ke-42 penubuhan persatuan itu.
LEE (tujuh kiri) menyertai ahli jawatankua­sa exco dan penganjur majlis berkenaan meraikan sambutan ulang tahun ke-42 penubuhan persatuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia