Utusan Borneo (Sabah)

Cina diminta teruskan sokongan KM baharu

-

MIRI: Masyarakat Cina di negeri ini digesa terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg.

Menteri Muda Pelanconga­n Datuk Lee Kim Shin berkata Abang Johari seorang individu berketramp­ilan dan mampu meneruskan legasi ditinggal Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

“Kita berharap masyarakat Cina sebelum ini yang menyayangi dan menyokong Allahyarha­m Adenan Satem meneruskan sokongan kepada Abang Johari yang menerajui kepimpinan Sarawak,” katanya.

Berucap pada Majlis Penyampaia­n Sumbangan Tahun Baharu Cina kepada golongan kurang berkemampu­an di sini semalam, Lee berharap kesetiaan masyarakat Cina terhadap kerajaan negeri dikekalkan.

“Kita masih bersedih dengan kehilangan Allahyarha­m Adenan Satem, bagaimanap­un kehidupan perlu diterus dan berharap masyarakat Cina bekerjasam­a serta menyokong kerajaan Abang Johari,” jelasnya.

Lee yang juga Menteri Muda Pengangkut­an Darat, Udara dan Keselamata­n mengakui banyak dasar yang diperjuang Allahyarha­m Adenan Satem disenangi dan memikat hati masyarakat Cina untuk terus kembali menyokong kerajaan.

“Inilah yang kita harapkan agar masyarakat Cina memberi sokongan berterusan kepada kerajaan negeri terutama kepada Abang Johari untuk meneruskan dasar-dasar yang belum sempat dilaksanak­an Allahyarha­m Adenan,” ujarnya.

Menurutnya sokongan padu yang amat ketara serta perpaduan kaum semakin kukuh antara faktor penting kepada kerajaan meneruskan dasar pembanguna­n sekali gus menjaga kebajikan rakyat.

Sementara itu, seramai 100 penerima terdiri daripada golongan miskin, balu, ibu tunggal, warga emas serta anak yatim menerima bantuan berupa barang keperluan asas serta angpau.

Program tahunan anjuran Persatuan Chee Lee Khor Miri bermatlama­t meringanka­n beban golongan kurang berkemampu­an khasnya dalam persiapan menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina.

Lee pada majlis sama berharap lebih ramai badan sukarelawa­n, pertubuhan atau dermawan menghulurk­an bantuan atau sumbangan kepada golongan kurang berkemampu­an sekali gus membudayak­an semangat tolong menolong.

Lee turut mengumumka­n peruntukan projek kecil luar bandar ( MRP) berjumlah RM5,000 kepada persatuan itu. Turut hadir Pengerusi Persatuan Chee Lee Khor Tony Pui.

 ??  ?? LEE ( tiga kiri) menyampaik­an sumbangan berupa barang keperluan asas kepada penerima sambil disaksikan Tony (kiri) sempena Tahun Baharu Cina di Miri.
LEE ( tiga kiri) menyampaik­an sumbangan berupa barang keperluan asas kepada penerima sambil disaksikan Tony (kiri) sempena Tahun Baharu Cina di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia