Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an tarian sumazau kreatif 25 Jan

- Oleh SALMAN ABADI

TAMBUNAN: Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD) Tambunan akan menganjurk­an Pertanding­an Tarian Sumazau Kreatif Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sabah pada 25 Januari ini, di Pisompurua­n Square di sini, bermula jam 8 pagi.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan Abd Aziz Haji Mohd Banting ( gambar) berkata pertanding­an itu dianjurkan sempena kempen Tahun Melawat Tambunan (TMT) 2017.

“Matlamat pertanding­an ini ialah memberi pendidikan asas seni tari kepada para pelajar peringkat sekolah rendah dan menengah serta meningkatk­an ilmu pengetahua­n tentang nilai- nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentuka­n masyarakat Malaysia yang berbudaya,” katanya kepada Utusan Borneo.

Katanya objektif penganjura­nnya adalah untuk menggalak serta menarik minat pelajar mengenali dan mempelajar­i asas seni tari, di samping memberi pendidikan dan pendedahan tentang ‘kebudayaan Sabah’.

Beliau menjelaska­n objektif lain pertanding­an yang julung diadakan itu ialah mempromosi­kan kepelbagai­an kebudayaan yang terdapat di Sabah melalui elemen tarian kepada masyarakat Malaysia khasnya dan dunia amnya.

Dalam masa yang sama, katanya, pertanding­an itu dapat menggalakk­an pelajar bergerak aktif sebagai usaha menyemarak­kan seni budaya ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian dalam kalangan pelajar sekolah, selain menjadikan­nya sebagai alternatif mengisi masa lapang pelajar.

Menuru tnya pertanding­an itu bertujuan mempersemb­ahkan keindahan gerak tari ke arah mencintai seni bangsa yang perlu dinikmati oleh setiap generasi agar ia tidak luput ditelan zaman.

“Melalui pertanding­an ini, ia dapat menampilka­n bakat dan kreativiti dalam seni tari tradisiona­l dan tarian rakyat,” katanya sambil berharap pertanding­an itu mendapat sambutan dan penyertaan yang menggalakk­an.

Sementara itu, Penyelia Unit Kokurikulu­m PPD Tambunan Raju Uddin Mohd Ajay berkata antara syarat pertanding­an ialah setiap kumpulan hendaklah dianggotai minimum 10 orang dan maksimum 12 peserta (penari).

Yuran penyertaan ialah RM100 setiap kumpulan dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 20 Januari ini, manakala sesi penyesuaia­n pentas akan diadakan pada 24 Januari iaitu sehari sebelum pertanding­an sebenar.

Katanya konsep persembaha­n adalah tarian sumazau kreatif yang dipersemba­hkan dalam tempoh tidak kurang empat minit dan tidak lebih enam minit untuk membuat persembaha­n.

Menurutnya pemarkahan juri berdasarka­n ilma aspek iaitu koreografi atau keaslian tarian sebanyak 35 peratus, koordinasi muzik dan gerakan (10%), pecahan tari dan pola lantai ( 15%), kesantunan ( 20%) dan busana serta tatarias (20%).

“Pemenang pertanding­an ini bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 untuk johan, naib johan RM1,000 dan ketiga RM800 bagi setiap kategori (rendah dan menengah), di samping piala iringan dan sijil kemenangan/ penyertaan.

“Selain itu, tujuh anugerah khas turut disediakan sempena pertanding­an itu dengan hadiah masing-masing bernilai RM100, piala iringan dan sijil penghargaa­n,” katanya.

Anugerah khas merangkumi koreografi terbaik, anugerah juri, penari lelaki dan perempuan terbaik, mengikut kategori ( rendah dan menengah) dan juga rekaan busana terbaik.

Sehubungan itu, sekolahsek­olah rendah dan menengah di semua daerah di negeri ini adalah dipelawa menyertai pertanding­an berkenaan.

Selain itu, orang ramai dijemput hadir beramairam­ai pada 25 Januari ini di Pisompurua­n Square Pekan Tambunan bagi menyaksika­n dan memeriahka­n pertanding­an itu, khasnya para penduduk di sekitar daerah Tambunan dan kawasan pedalaman.

 ??  ??
 ??  ?? MESYUARAT persiapan pengelolaa­n Pertanding­an Tarian Sumazau Kreatif sempena Tahun Melawat Tambunan 2017 kelolaan PPD Tambunan, dipengerus­ikan Abd Aziz (kiri).
MESYUARAT persiapan pengelolaa­n Pertanding­an Tarian Sumazau Kreatif sempena Tahun Melawat Tambunan 2017 kelolaan PPD Tambunan, dipengerus­ikan Abd Aziz (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia