Utusan Borneo (Sabah)

Pemintaan limau mandarin kekal walaupun alami kenaikan harga

- Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Walaupun terdapat kenaikan harga dalam pasaran limau mandarin namun permintaan untuk buah itu sempena Tahun Baharu Cina tidak pernah kurang.

Pemilik LLS Fresh Fruits Marketing Sdn Bhd Lim Ken Voon berkata kenaikan harga produk itu adalah dijangkaka­n memandangk­an mata wang negara semakin merosot dan produk itu diimport dari luar negara.

“Semua produk makanan dan buah-buahan yang dijual di sini adalah diimport dan kelemahan mata wang negara ini sudah pasti memberikan kesan ke atas harga barangan itu.

“Sekurang- kurangnya, secara keseluruha­n buahbuahan termasuk limau mandarin mengalami kenaikan sebanyak 20 peratus berbanding harga tahun lalu,” katanya ketika ditemui di sini kelmarin.

Beliau berkata bekalan yang diimport tidak sebanyak tahun lalu memandangk­an keadaan ekonomi yang tidak baik.

Katanya limau mandarin hanya diimport dengan kuantiti tertentu sahaja kerana bimbang terhadap kuasa pembeli yang berkuranga­n disebabkan keadaan ekonomi yang lemah.

“Sekiranya bekalan habis dibeli, kami tidak akan memesan untuk bekalan tambahan, pada masa kini mereka yang bertuah adalah yang membeli awal dan bukan di saat-saat akhir.

“Setakat ini, permintaan masih sangat baik di mana pelanggan lama kembali untuk membeli limau mandarin,” katanya.

Lim berkata belum ada sebarang aduan diterima daripada pelanggan mengenai kenaikan harga kerana mereka faham keadaan ekonomi masa kini.

Katanya pelanggan juga faham bahawa kelemahan mata wang negara turut memainkan faktor utama dalam kenaikan harga barangan import khususnya buah limau mandarin.

Sementara itu, Liew Kai Siong berkata sebagai seorang pembeli, harga limau mandarin agak mahal untuk tahun 2017.

“Jelas sekali, harga untuk sekotak limau mandarin telah meningkat dati 20 sehingga 30 peratus berbanding tahun lalu,” katanya.

Katanya untuk berbelanja secara berhemat tahun ini, dia mungkin hanya beli sekotak sahaja untuk perayaan Tahun Baharu Cina 2017.

Manakala, Wong Kian Chung berkata kegawatan mata wang negara sememangny­a memberikan kesan yang besar terhadap harga barangan import dan limau mandarin tidak terkecuali daripada kesan itu.

“Walaupun terdapat kenaikan harga limau mandarin, namun Tahun Baharu Cina hanya setahun sekali, maka kenaikan itu tidaklah memberikan kesan yang besar,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? LIEW
LIEW
 ??  ?? WONG
WONG
 ??  ?? ANTARA bekalan limau mandarin yang sedia dihantar kepada pekedai yang sudah memesan di sekitar Kota Kinabalu.
ANTARA bekalan limau mandarin yang sedia dihantar kepada pekedai yang sudah memesan di sekitar Kota Kinabalu.
 ??  ?? ANTARA harga limau mandarin mengikut saiz kotak.
ANTARA harga limau mandarin mengikut saiz kotak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia