Utusan Borneo (Sabah)

LCCC tawar hadiah lumayan cabutan bertuah

-

LABUAN: Dewan Perniagaan Cina Labuan (LCCC) menawarkan hadiah lumayan sebanyak RM2,017 menerusi cabutan bertuah sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2017.

Pengerusi LCCC Datuk Wong Kii Yii berkata setiap pembelian berjumlah RM30 di mana- mana satu gerai karnival akan layak diberikan sekeping kupon cabutan bertuah.

Katanya setiap pembeli hanya layak mendapatka­n satu hadiah sahaja selepas dicabut sebagai pemenang.

“Sekiranya nama pembeli yang sama dicabut pada cabutan yang berikut sebagai pemenang, cabutan ini akan dibatalkan dan cabutan akan dibuat semula,” katanya.

Wong berkata sebanyak 47 gerai menjual pelbagai barangan termasuk kedai makan disediakan di Plaza LCCC Kampung Sungai Keling untuk dikunjungi orang ramai khususnya warga Wilayah Persekutua­n Labuan.

Pembeli hanya perlu mengisi nama, nombor MyKad dan masukkan ke dalam kotak cabutan yang disediakan.

Pemenang diwajibkan berada di tempat cabutan (Plaza LCCC) untuk menerima sendiri hadiah cabutan dengan mengemukak­an MyKad (wakil tidak diterima).

Tarikh cabutan bertuah ialah pada 10 Februari.

Selain hadiah lumayan RM2,017, pembeli bakal membawa pulang pelbagai hadiah lain yang lumayan.

Wong mengalu- alukan kunjungan orang ramai ke Plaza LCCC bukan sahaja untuk mendapatka­n kupon cabutan bertuah tetapi memeriahka­n sambutan Tahun Baharu Cina anjuran LCCC sekaligus memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat selaras dengan slogan 1Malaysia.

Majlis pelancaran karnival jualan Tahun Baharu Cina anjuran LCCC akan disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli pada 21 Januari ini di Plaza LCCC Kampung Sungai Keling bermula jam 7 malam.

 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia