Utusan Borneo (Sabah)

Ambil inisiatif perangi rasuah

Saranan kepada semua agensi kerajaan negeri dan Persekutua­n

-

KOTA KINABALU: Semua agensi kerajaan Persekutua­n dan negeri perlu mengambil inisiatif untuk memerangi rasuah dengan menyiasat penjawat awam dan pegawai kanan yang didapati menikmati kehidupan di luar kemampuan mereka, kata Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Shu Ying.

Beliau yang juga pengerusi LDP Bahagian Likas memuji ketegasan Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Hajah Maimunah Suhaibul dalam menentang rasuah di jabatan beliau.

Katanya langkah itu perlu bagi memastikan pembendung­an amalan rasuah dalam kalangan guru besar, penget- ua dan pegawai pendidikan di Sabah.

Selain Jabatan Pendidikan, beliau berkata agensi kerajaan negeri perlu proaktif dengan melibatkan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalanka­n siasatan terhadap penjawat awam yang disyaki terlibat dalam rasuah untuk menghentik­an budaya rasuah serta sogokan dalam organisasi kerajaan.

Chin berkata rakyat sentiasa menganggap kerajaan sebagai rasuah kerana sesetengah daripada mereka mendapati penjawat awam menuntut rasuah apabila berurusan dalam hal ehwal kerajaan.

“Walaupun ini mungkin kes- kes terpencil, tetapi perkara ini telah menjejaska­n imej kerajaan.

“Untuk melepaskan imej rasuah penjawat awam, semua agensi kerajaan perlu memberikan kerjasama kepada SPRM untuk menyiasat pegawai- pegawai mereka yang disyaki rasuah.

“Ia juga adalah satu peluang untuk membersihk­an syak wasangka ke atas pegawai yang benar-benar tidak bersalah,” katanya.

Maimunah dalam kenyataann­ya baru- baru ber- kata SPRM telah memantau beberapa guru besar dan pengetua di Sabah yang disyaki terlibat rasuah.

Katanya jabatan itu akan mula menyiasat pendapatan dan latar belakang kewangan kakitangan yang didapati menikmati kehidupan di luar kemampuan mereka.

Beliau berkata kakitangan yang menikmati kehidupan mewah dan kerap ke luar negara untuk bercuti perlu disiasat.

Sehubungan itu, Chin menyaranka­n jabatan dan agensi kerajaan lain mencontohi Jabatan Pendidikan Negeri dengan menyediaka­n maklumat kepada SPRM untuk menyiasat dan menahan penjawat awam yang rasuah.

Beliau berkata langkah itu juga adalah untuk mengekang tabiat menuntut dan mengambil rasuah dalam perkhidmat­an awam, dan akhirnya membendung budaya yang tidak sihat itu dalam kalangan kakitangan kerajaan.

Walaupun ini mungkin kes-kes terpencil, tetapi perkara ini telah menjejaska­n imej kerajaan. Untuk melepaskan imej rasuah penjawat awam, semua agensi kerajaan perlu memberikan kerjasama kepada SPRM untuk menyiasat pegawai-pegawai mereka yang disyaki rasuah. DATUK CHIN SHU YING Naib Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia