Utusan Borneo (Sabah)

Jutaan siap sedia hadapi Haima di Filipina

-

MANILA: Jutaan penduduk di Filipina semalam diarah bersiap sedia untuk menghadapi salah satu taufan paling kuat yang pernah membadai negara yang kerap dilanda bencana itu, dan pihak berkuasa memberi amaran tentang ombak taufan gergasi serta ribut yang boleh menyebabka­n kemusnahan.

Taufan Super Haima diramal melanda masyarakat terpencil di utara negara sekitar jam 11 malam waktu tempatan semalam, dengan membawa ribut yang hampir setara dengan Taufan Super Haiyan yang meragut lebih 7,350 nyawa pada 2013.

“Ia bukan hanya hujan lebat dan ribut kuat sahaja yang kami jangkakan. Ia juga banjir, tanah runtuh dan ombak taufan di kawasan pantai. Mereka yang tinggal di kawasan ini, anda dalam bahaya. Cari tempat yang lebih selamat,” kata Allan Tabel, ketua pusat penyelaras­an maklumat dan bencana di kementeria­n dalam negeri, dalam satu taklimat yang disiarkan oleh televisyen ke seluruh negara.

Dengan Haima yang mempunyai jalur cuaca 800 kilometer, lebih 10 juta orang di bahagian utara pulau utama Luzon akan terjejas, menurut agensi pengurusan risiko bencana kerajaan.

Haima mendekati Filipina dengan ribut berterusan selaju 225 kilometer sejam (ksj) serta badai selaku 315 ksj, menurut biro cuaca kerajaan.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada masyarakat tepi pantai untuk menjangkak­an ombak taufan setinggi lima meter.

Bagaimanap­un kawasan yang berada di laluan Haima tidak didiami ramai penduduk dan cukup terlatih dalam persiapan taufan.

Pulau- pulau Filipina biasanya merupakan bumi besar pertama yang dilanda taufan yang dijana di ruang Lautan Pasifik. Kepulauan Asia Tenggara itu mengalami kira- kira 20 taufan besar setiap tahun, kebanyakan­nya membawa padah.

Taufan paling kuat dan berdarah adalah Haiyan, yang memusnahka­n seluruh bandar di kawasan yang diduduki ramai penduduk di tengah Filipina.

“Jika kita bercakap tentang taufan yang memasuki Filipina, ini adalah yang kedua terkuat selepas Haiyan,” kata pakar cuaca kerajaan Benison Estareja kepada AFP.

“Perbezaann­ya ialah Haima mempunyai landasan yang lebih tinggi dan akan melanda sebuah kawasan di mana orang adalah lebih biasa dengan taufan yang kuat.”

Haima diramal akan merentasi Luzon pada hari ini, kemudian bergerak ke arak selatan Hong Kong dan selatan China.

Haima merupakan taufan kedua yang melanda utara Filipina dalam tempoh seminggu, selepas Sarika meragut sekurang-kurangnya satu nyata dan menyebabka­n tiga orang hilang.

Sementara itu, dalam kekacauan protes di luar pekarangan kedutaan Amerika Syarikat di Manila, sebuah van polis merempuh dan menggilis beberapa penunjuk perasaan bersenjata­kan belantan, namun mangsa sekadar cedera ringan

Sejumlah 23 penunjuk perasaan ditahan ketika polis menggunaka­n gas pemedih mata dan belantan untuk meleraikan ratusan orang yang berhimpun menyokong kenyataan Presiden Rodrigo Duterte baru- baru ini mengenai hubungan negara dengan AS. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA penyelamat memunggah bot getah ke atas kenderaan mereka sebagai persediaan menjelang kemaraan Haima di bandar Ilagan, wilayah Isabela semalam. — Gambar AFP
ANGGOTA penyelamat memunggah bot getah ke atas kenderaan mereka sebagai persediaan menjelang kemaraan Haima di bandar Ilagan, wilayah Isabela semalam. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia