Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk bersyukur akhirnya dapat geran komunal

-

Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menyerahka­n geran komunal Kampung Logonggon, Pagalungan dengan keluasan 8,600 ekar kepada 339 benefisiar­i atau penerima geran berkenaan, pada Selasa.

Ketua Kampung Sikait, Bakampong Mawtui, 47, melahirkan rasa syukur kerana telah dipilih sebagai salah seorang benefisiar­i setelah menunggu dalam tempoh yang agak panjang.

“Saya berharap para penduduk akan berusaha dengan baik dan mengikuti cadangan serta keperluan yang telah dicadangka­n.

“Kami akan menanam kelapa sawit secara berkelompo­k agar anakanak muda tidak perlu keluar bekerja ke tempat lain,” katanya dengan gembira dan bersemanga­t.

Selain itu, beliau juga berharap kerajaan dapat mencepatka­n pembinaan jalan raya untuk kemudahan dan keselesaaa­n penduduk bekerja dan menjual hasil pertanian.

Rakannya, Yarimih Korou, 31, dari Kampung Sabuyoh juga sangat teruja kerana pertama kali dapat berjumpa dan melihat sendiri pemimpin nombor satu Sabah pada majlis itu.

“Saya berasa sangat teruja dan gembira kerana ini merupakan pertama kali saya dapat berjumpa dengan Ketua Menteri Sabah.

“Perjalanan 30 minit dari kampung terasa sangat berbaloi apabila kami berpeluang bermesra dengan barisan pemimpin,” katanya.

Beliau turut berharap melalui lawatan itu, kerajaan dapat mempertimb­angkan pembinaan sekolah menengah di kawasan kampung berkenaan.

Yamirih berkata pembinaan sekolah itu nanti dapat membantu mengurangk­an kadar keciciran pelajar ke sekolah di samping mengurangk­an kerisauan ibu bapa untuk menghantar anak-anak bersekolah di tempat yang jauh dari rumah.

 ??  ?? BAKAMPONG
BAKAMPONG
 ??  ?? YAMIRIH
YAMIRIH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia