Utusan Borneo (Sabah)

IATA unjur permintaan penumpang sekali ganda dalam tempoh 20 tahun akan datang

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengangkut­an Udara Antarabang­sa (IATA) menjangkak­an 7.2 bilion penumpang akan menggunaka­n perjalanan udara pada 2035, meningkat sekali ganda berbanding 3.8 bilion pengguna tahun ini.

Unjuran itu adalah berdasarka­n kepada kadar purata pertumbuha­n tahunan (CAGR) 3.7 peratus, demikian menurut makluman terkini dalam Unjuran 20 tahun Penumpang Udara IATA.

Menurut kenyataan persatuan itu semalam, pemacu utama permintaan itu ialah rantau Asia Pasifik, yang di- jangkakan menyumbang lebih separuh daripada penumpang baharu dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Ia berkata China akan menggantik­an Amerika Syarikat sebagai pasaran penerbanga­n terbesar di dunia ( ditentukan berdasarka­n trafik penumpang dari dan dalam negara) pada 2029.

India pula menggantik­an United Kingdom di tempat ketiga pada 2026, manakala Indonesia memasuki kumpulan 10 negara teratas, dengan mengetepik­an Itali.

“Pertumbuha­n juga akan dipacu dalam pasaran negara pesat membangun. Pada dekad lepas, penguasaan jumlah penumpang negara membangun meningkat daripada 24 peratus kepada hampir 40 peratus, dan trend ini dijangka berterusan,” kata IATA.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif IATA Alexandre de Juniac berkata semakin ramai yang mahu menggunaka­n perkhidmat­an udara, sekali gus permintaan untuk perkhidmat­an itu akan meningkat sekali ganda dalam tempoh dua dekad akan datang.

“Membolehka­n rakyat dan negara untuk menjalanka­n perdaganga­n, meneroka, dan menikmati manfaat hasil inovasi dan kemakmuran ekonomi akan menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik,” katanya.

Persatuan itu bagaimanap­un berkata perlindung­an perdaganga­n yang semakin meningkat, berpotensi menjejaska­n prospek pertumbuha­n.

“Sebaliknya, jika trend perlindung­an perdaganga­n semasa terus meningkat, pertumbuha­n CAGR akan kembali perlahan kepada 2.5 peratus yang menyaksika­n bilangan penumpang hanya sebanyak 5.8 bilion menjelang 2035,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia