Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2017 dijangka rangsang kuasa beli rakyat, pelaburan swasta

-

KUALA LUMPUR: Bajet 2017 dijangka memberi tumpuan kepada usaha untuk merangsang kuasa beli rakyat dan pelaburan swasta. Pengarah Eksekutif Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid berkata, lebih banyak insentif diperlukan berikutan persekitar­an ekonomi luaran yang lembap.

“Ia dijangka menangani pelbagai masalah rakyat ketika kerajaan berusaha mengimbang­i kedudukan kewanganny­a,” katanya pada taklimat ekonomi MIER di sini, kelmarin.

Zakariah berkata, kerajaan dijangka tidak akan memotong cukai barang dan perkhidmat­an kerana pendapatan­nya dikekang oleh harga minyak mentah yang lebih rendah.

Kemerosota­n akaun semasa disebabkan pengaliran keluar wang ke seberang laut akibat penghantar­an balik pendapatan oleh pekerja asing serta penyederha­naan dalam eksport dengan pertumbuha­n ekonomi global yang lembap, katanya, adalah satu lagi kebimbanga­n dalam kewangan kerajaan.

Dalam hal ini, Zakariah berkata, wujud keperluan untuk peruntukan dalam Bajet 2017 bagi merangsang eksport Malaysia.

Menurut beliau, dengan kelembapan dagangan dan pertumbuha­n ekonomi global, peningkata­n ketidakten­tuan dalam ekonomi China dan pilihan raya presiden AS, wujud keperluan bagi merangsang perbelanja­an pengguna serta pelaburan swasta.

“Malaysia adalah negara perdaganga­n dan terjejas oleh kelembapan global,” katanya.

Beliau berkata, pelepasan cukai perlu diberikan untuk meningkatk­an pendapatan boleh belanja.

“Hutang isi rumah yang tinggi, iaitu kira-kira 90 peratus daripada keluaran dalam negara kasar, bukan satu kerja mudah untuk dibendung. Penyelesai­annya ialah dengan meningkatk­an pendapatan boleh dibelanja,” katanya.

Bagi tujuan ini, kata Zakariah, pengagihan wang tunai kepada golongan berpendapa­tan rendah boleh membantu mengurangk­an kebimbanga­n kenaikan kos sara hidup walaupun ia adalah langkah jangka pendek.

“Bagaimanap­un cara lebih berkesan dalam jangka lebih panjang ialah dengan menyediaka­n insentif kepada golongan berpendapa­tan rendah agar mereka boleh menyumbang kepada ekonomi,” katanya.

Zakariah berkata, walaupun persekitar­an ekonomi yang sukar dan mencabar disebabkan arena ekonomi global yang lembap, lebihan dagangan positif Malaysia mampu mengurangk­an risiko itu.

Beliau juga memuji usaha Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri dan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia dalam meningkatk­an pelaburan asing ke Malaysia.

“Amerika Syarikat, Singapura, China, Jepun dan Kesatuan Eropah telah menjadi rakan kongsi dagangan utama Malaysia dengan sebahagian besar perdaganga­n kita adalah daripada sektor elektrik dan elektronik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia