Utusan Borneo (Sabah)

Premis makanan di Sabah dipelawa sertai Restaurant Cooking Battle

-

LABUAN: Pengusaha premis makanan termasuk kedai makan dan restoran di Sabah dan Wilayah Persekutua­n Labuan dipelawa menyertai pertanding­an Restaurant Cooking Battle sempena Tamu Gadang UMS Labuan 2016 pada 19 November depan.

Penyelaras program Dg NorsiahHaj­iAgSemanbe­rkata johan akan menerima wang tunai sebanyak RM1,500, naib johan RM1,200 dan ketiga RM800.

Katanya selain wang tunai, semua pemenang akan menerima plak daripada pihak penganjur.

Norsiah berkata pertanding­an itu yang akan diadakan pada jam 1 petang itu dianjurkan bersama Petronas dan Kelab Suri Rumah dan Staf Wanita (Kesumba) UMS Kampus Antarabang­sa Labuan.

Oleh itu, mereka yang berminat boleh melayari laman web ww. kal. ums. edumy/ tamugadang atau facebook tamugadang sebelum tarikh tutup pada 14 November.

Beliau bagi pihak Pengarah UMS Labuan Prof Madya Dr Murnizam Haji Halik yakin kehadiran peserta dari Sabah akan membantu menjana ekonomi dan merancakka­n industri pelanconga­n Wilayah Persekutua­n Labuan.

Sementara itu, sempena Tamu Gadang UMS Labuan 2016, pihak penganjur turut mengadakan pertanding­an UMSKAL Cooking Battle pada 19 November bermula jam 7.30 pagi hingga 12 tengahari.

Penyelaras program, Shafiekah berkata pertanding­an anjuran bersama Petronas dan Adabi itu menawarkan hadiah sebanyak RM1,200 untuk johan, naib johan RM800 dan ketiga RM600.

 ??  ?? PERTANDING­AN memasak mendapat sokongan Petronas dan Kesumba KAL.
PERTANDING­AN memasak mendapat sokongan Petronas dan Kesumba KAL.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia