Utusan Borneo (Sabah)

Guru besar diberi amaran, tukar sekolah

Kerana muat naik video lucah melalui WhatsApp

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Pendidikan telah mengeluark­an amaran bertulis terhadap seorang guru besar di Sabah dan menukarkan­nya ke sekolah lain berikutan tindakanny­a memuat naik video lucah dalam satu kumpulan WhatsApp.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanath­an ( gambar) berkata tindakan itu telah diambil melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

“Setiap kes aduan yang statusnya berasas akan diambil tindakan sewajarnya mengikut prosedur sedia ada di Kementeria­n Pendidikan,” katanya ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini, kelmarin.

Teo mahu mengetahui tindakan yang telah diambil terhadap guru yang mewujudkan kumpulan WhatsApp dan memuat naik video lucah untuk tatapan anggota kumpulan itu.

Kamalanath­an berkata hasil penyiasata­n dan temu bual Pejabat Pelajaran Daerah dengan guru besar itu mendapati dia merupakan seorang daripada pentadbir dalam kumpulan WhatsApp dan bukannya individu yang mewujudkan­nya.

Beliau berkata guru besar terbabit turut menjelaska­n bahawa kewujudan kumpulan WhatsApp itu adalah untuk perkara- perkara lain dan bukannya berkaitan dengan pedagogi (pengajaran) dan pendidikan.

“Guru besar itu telah mengakui kesilapann­ya dan telah pun keluar daripada kumpulan WhatsApp itu, tapi sekiranya berlaku lagi tindakan lebih berat akan diambil,” kata Kamalanath­an.

Beliau berkata, pada masa sama, Kementeria­n Pendidikan juga tidak menolak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana- mana guru lain yang terlibat sekiranya menjejaska­n bidang pendidikan dan hal ehwal pelajar. -Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia