Utusan Borneo (Sabah)

Empat rumah, motosikal terbakar

Tiada kecederaan manakala punca dan jumlah kerugian masih disiasat

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Empat rumah jenis tidak kekal dan sebuah motosikal musnah keseluruha­n dalam kebakaran di Jalan Sepanggar, Kampung Lok Bunu, di sini, kelmarin.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota K ina balu Pegawai Bomba Tinggi ( PBT) Jamaludin Hussin berkata kejadian jam 12.25 tengahari kelmarin membabitka­n empat rumah jenis tidak kekal seluas 100x30 kaki persegi.

“Selepas mendapat panggilan kecemasan jam 12.37 tengahari kelmarin, kita menggerakk­an seramai 38 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu ke lokasi kejadian sejauh 35 kilometer.

“Disebabkan lokasi kejadian adalah luas, kita mendapatka­n bantuan daripada BBP Lintas dan Tuaran dan membabitka­n 43 anggota keseluruha­n yang menjalanka­n operasi pemadaman,” katanya.

Beliau berkata operasi pemadaman dijalankan menggunaka­n sumber air dari tangki jentera dan water tanker.

“Kita berjaya mengawal kebakaran daripada terus merebak ke kawasan perumahan lain kira- kira jam 1.15 petang.

“Kejadian bagaimanap­un memusnahka­n empat rumah jenis tidak kekal yang dibina rapat antara satu sama lain,” katanya sambil menambah, sebuah motosikal penduduk yang tidak sempat dipindahka­n turut musnah terbakar.

Katanya kejadian tidak membabitka­n sebarang kecederaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Pihaknya turut mendapat bantuan daripada pihak Sabah Elektricit­y Sdn Bhd (SESB) dan anggota bomba dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar.

 ??  ?? ANGGOTA bomba melakukan kerja pemadaman menggunaka­n sumber air dari jentera bomba.
ANGGOTA bomba melakukan kerja pemadaman menggunaka­n sumber air dari jentera bomba.
 ??  ?? KEADAAN lokasi kebakaran yang memusnahka­n empat rumah dan sebuah motosikal di Jalan Sepanggar, Kampung Lok Bunu.
KEADAAN lokasi kebakaran yang memusnahka­n empat rumah dan sebuah motosikal di Jalan Sepanggar, Kampung Lok Bunu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia