Utusan Borneo (Sabah)

Indeks jenayah keseluruha­n catat penurunan sembilan bulan pertama tahun ini

-

JOHOR BAHRU: Indeks kadar jenayah negara secara keseluruha­nnya mencatatka­n penurunan sebanyak 0.8 peratus dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata penurunan itu daripada jumlah 85,739 kes dalam tempoh sama tahun lalu, merupakan sesuatu yang memberangs­angkan, hasil usaha drastik polis dan pelbagai agensi penguatkua­saan dalam menangani jenayah.

Biarpun kes seperti jenayah terancang dan rompakan bersenjata berjaya diturunkan, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata kadar bagi kes-kes lain seperti ragut masih lagi tinggi.

Oleh itu, beliau mahu punca utama yang membawa kepada permasalah­an itu, diperincik­an agar kes jenayah membabitka­n ragut dan lain-lain dapat turut diturunkan.

“Kita tidak boleh berasa selesa dengan penurunan ini, tetapi kita perlu memperbinc­angkan tentang apakah punca kepada perlakuan jenayah ini yang pada hemat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia ( MCPF) masih lagi boleh diturunkan,” kata beliau kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat bersama MCPF di sini kelmarin.

Ahmad Zahid berkata daripada mesyuarat itu, kerajaan juga bersetuju untuk mengadakan perbincang­an terbuka bersama semua pihak termasuk pemimpin masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu mengurangk­an kadar jenayah negara.

Menurutnya, perbincang­an itu akan diadakan sesegera yang mungkin di peringkat nasional dan kemudian, dibuat di setiap negeri untuk diperluask­an ke peringkat ibu pejabat polis daerah.

Di peringkat MCPF pula, satu jawatankua­sa daerah telah dibentuk untuk melaporkan setiap aktiviti pencegahan jenayah yang dijalankan di peringkat daerah masing- masing, kata Ahmad Zahid.

Ini dilakukan bukan sahaja untuk mendapatka­n maklum balas awam, malah bagi memastikan pelaksanaa­n kepada pencegahan perlakuan jenayah, dapat dijalankan, tambah beliau.

“Di samping itu, kita juga memutuskan supaya semua strategi dan dasar-dasar yang telahditen­tukanMCPFd­anPolis Diraja Malaysia (PDRM) dapat disusuli mesyuarat penyelaras­an untuk pelaksanaa­n,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia