Utusan Borneo (Sabah)

Terus berjuang untuk negara Pesan Khalil kepada Lee Chong Wei

-

MELAKA: Teruskan berjuang mengharumk­an nama negara adalah pesanan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob kepada jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei.

Chong Wei berkata Mohd Khalil menyampaik­an pesanan itu kepadanya ketika menyampaik­an Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira kepadanya di sini kelmarin.

Beliau berkata pesanan dan anugerah itu menaikkan semangat kepadanya bagi berjuang untuk negara terutama ketika menyertai kejohanan Terbuka Denmark dan Perancis selepas ini.

“Terima kasih kepada kerajaan Melaka kerana memberikan pingat ini dan ia meningkatk­an lagi semangat saya untuk terus cuba melakukan yang terbaik di samping tidak mudah berputus asa. Malam ini saya akan bertolak ke Denmark untuk menyertai kejohanan itu,” katanya.

Beliau ditemui selepas Istiadat Penganuger­ahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bersempena sambutan Hari Lahir Ke-78 Yang Dipertua Negeri di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini, kelmarin.

Pada istiadat itu, seramai 228 orangmener­imadarjah,bintang dan pingat masing- masing didahului Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron yang merupakan penerima tunggal Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM) membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Sementara itu, penyerang berbisa skuad bola sepak Melaka United, Ilija Spasojevic yang merupakan antara 34 penerima Bintang Cemerlang Melaka menyifatka­n anugerah tersebut juga milik jurulatih, pengurusan dan rakan sepasukann­ya.

Mengulas mengenai perpindaha­nnya, Spasojevic yang mesra dengan panggilan ‘Spaso’ berkata beliau akan melakukan perbincang­an bersama pengurusan pasukan berhubung masa depannya dengan skuad Sang Kancil itu.

“Kita selesaikan dahulu musim ini kerana walaupun sudah muncul juara, perlawanan terakhir pasukan ( menentang Sime Darby) tetap penting kerana ramai penyokong yang akan hadir menyaksika­nnya.

“Kita mahu akhiri (musim ini) dengan penuh bergaya dan beraksi sebagai juara bagi menghargai sokongan semua pihak,” kata penyerang yang fasih berbahasa Melayu itu. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia