Utusan Borneo (Sabah)

Kunjungan Muhibah KPD Kudat disambut mesra

- Oleh JOHAN AZIZ

KUDAT: Kunjungan Muhibah Ketua Polis Daerah, Superinten­den Douglas Nyeging Taong bersama-sama dengan pegawai-pegawai kanan dananggota­dariIbuPej­abatPolis Daerah Kudat telah disambut mesra oleh jemaah Masjid Jamek Kampung Pengaraban dan Surau Kampung Bak-Bak di sini, baru-baru ini.

Douglas dan pegawaipeg­awainya telah disambut begitu mesra dan baik oleh para jemaah yang berada di keduadua tempat itu.

“Saya dan pegawai saya menerima layanan yang begitu baik sekali malah mereka juga mudah mesra dengan kami,” katanya ketika menghubung­i Utusan Borneo kelmarin.

Katanya, jelas sekali keramahan masyarakat di kedua-dua kampung ini yang begitu senang menerima kunjungan dan kehadiran bersama pegawai-pegawainya.

Douglas turut merasa begitu terharu terhadap sambutan yang diberi oleh masyarakat di kedua-dua kampung itu.

“Harapan saya, hubungan antara masyarakat di daerah ini dengan Polis Di Raja Malaysia ( PDRM) terus berjalan baik dan mesra, sesuai dengan slogan, Polis dan masyarakat berpisah tiada,” katanya.

Douglas memberitah­u bahawa tujuan kunjungan muhibah itu adalah untuk suai kenal bersama jemaah di Masjid dan Surau itu.

Pada masa kunjungan itu, beliau turut memberikan taklimat ringkas berhubung isu keselamata­n serta kerjasama masyarakat kepada polis dalam membentera­s dan mencegah kegiatan jenayah yang berlaku di tempat mereka.

Katanya, sebagai mata dan telinga kepada PDRM, sudah sewajarnya masyarakat memberi kerjasama kepada PDRM terutama sekali dalam soal keselamata­n.

“Saya juga memohon kepada masyarakat di daerah ini agar membantu PDRM dalam mengekalka­n keselamata­n dan ketenteram­an daerah ini,” katanya.

Douglas memberitah­u bahawa kedua-dua program yang diadakan di Masjid Jamek Kampung Pengaraban dan Surau Kampung Bak-Bak Kudat mendapat sambutan yang baik.

Katanya, ini juga salah satu pendekatan PDRM untuk mendekati masyarakat di daerah ini.

 ??  ?? DOUGLAS (tengah) mendengar pemasalaha­n yang dikemukaka­n oleh jemaah Masjid Jamek.
DOUGLAS (tengah) mendengar pemasalaha­n yang dikemukaka­n oleh jemaah Masjid Jamek.
 ??  ?? DOUGLAS menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Pengerusi Masjid Jamek, Haji Hairul. Turut kelihatan dua pegawainya.
DOUGLAS menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada Pengerusi Masjid Jamek, Haji Hairul. Turut kelihatan dua pegawainya.
 ??  ?? DOUGLAS (empat kanan) bersama pegawainya bergambar dengan AJK Masjid Jamek Kampung Pengaraban.
DOUGLAS (empat kanan) bersama pegawainya bergambar dengan AJK Masjid Jamek Kampung Pengaraban.
 ??  ?? SEORANG jemaah Masjid Jamek bersalaman dengan Douglas sebaik ketibaanny­a di masjid itu.
SEORANG jemaah Masjid Jamek bersalaman dengan Douglas sebaik ketibaanny­a di masjid itu.
 ??  ?? DOUGLAS bergambar bersama-sama dengan AJK Surau Kampung Bak-Bak.
DOUGLAS bergambar bersama-sama dengan AJK Surau Kampung Bak-Bak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia