Utusan Borneo (Sabah)

Polis akan bertindak lebih tegas elak pertembung­an “merah” dan “kuning”

-

BANGKOK: Polis mengeluark­an amaran akan mengambil tindakan lebih tegas untuk memelihara ketenteram­an awam dan memastikan tidak berlaku “pertembung­an” antara penyokong-penyokong Baju Kuning dan Baju Merah.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pada ketika ini, polis mengamalka­n pendekatan sederhana dalam menangani isu penganjura­n perhimpuna­n dan perarakan haram oleh pihak- pihak tertentu di Malaysia.

“Sekarang kita ambil tindakan secara sederhana, kita tidak mahu mencetuska­n keadaan tidak selesa tetapi jikalau perkara ini berterusan kita akan mengambil tindakan tegas,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Noor Rashid yang berada di Bangkok untuk menghadiri sambutan Hari Polis Diraja Thai berkata demikian ketika terdapatny­a kebimbanga­n tentang kemungkina­n “pertembung­an” antara penyokong-penyokong Baju Kuning dan Baju Merah.

Penganjur Bersih 2.0 dijangka menganjurk­an Perhimpuna­n Bersih 5.0 pada 19 Nov ini dan penyokongn­ya digelar “Baju Kuning” telah pun mengadakan konvoi di beberapa lokasi untuk menarik penyokongn­ya menghadiri perhimpuna­n itu.

“Baju Merah” yang menentang Bersih 5.0 memberi amaran akan menganjurk­an perhimpuna­n sama bagi menyaingi apa dilakukan oleh “Baju Kuning” itu, menimbulka­n kebimbanga­n tentang pertembung­an antara kedua pihak itu.

Dalam beberapa insiden yang berlaku baru-baru ini, kedua- kedua pihak telah bertembung menyebabka­n berlakunya kekecohan.

Noor Rashid berkata, pihak polis sedang menjalanka­n siasatan terhadap kekecohan yang berlaku akibat pertembung­an di antara penyokong kedua-dua pihak baru-baru ini.

Polis, katanya, tidak dimaklumka­n tentang perarakan yang menyebabka­n kekecohan itu, sebagaiman­a yang berlaku di Teluk Intan dan Sabak Bernam.

“Siasatan sedang kita jalankan dan kita akan pastikan siasatan dilengkapk­an dalam masa terdekat. Kita akan pastikan mereka yang enggan mengikut peraturan dan undang-undang, dikenakan tindakan yang sewajarnya,” katanya.

Menurut Noor Rashid, arahan telah pun dikeluarka­n kepada ketua- ketua polis negeri untuk mengatur gerak pegawai dan anggota mereka termasuk daripada Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) untuk memastikan tidak berlaku sebarang insiden.

Beliau meminta manamana pihak yang mahu mengadakan perhimpuna­n atau perarakan supaya mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta Perhimpuna­n Aman.

“Jikalau Kuning atau Merah mahu buat perhimpuna­n, mereka perlu maklum kepada polis supaya (polis) boleh rancang tindakan awal bagi memastikan pertembung­an yang berlaku sebelum ini tidak berlaku pada masa akan datang,” kata beliau.

Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata, keduadua pihak mempunyai tanggungja­wab untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan bagi memelihara ketenteram­an awam.

Bagaimanap­un, katanya, setakat ini polis belum menerima sebarang permohonan untuk menganjurk­an perhimpuna­n atau perarakan daripada mana-mana pihak, Kuning atau Merah.- Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia