Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n beri jaminan Siasatan terperinci dakwaan kecuaian Hospital Putrajaya Fatimah minta pihak berkuasa tempatan sedia kemudahan awam mesra OKU

-

BALIK PULAU: Kementeria­n Kesihatan memberi jaminan siasatan terperinci akan dijalankan berhubung kes kematian seorang pesakit diabetik, Hapipah Md Taha yang didakwa berpunca daripada kecuaian kakitangan perubatan Hospital Putrajaya.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata siasatan berhubung kejadian yang berlaku September tahun lepas itu masih dijalankan dan dijangka selesai sepenuhnya dalam masa terdekat.

Katanya pihaknya juga berjanji akan mendedahka­n hasil siasatan secara telus dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas kakitangan­nya yang cuai atau bersalah dalam kejadian berkenaan.

“Kita tidak tahu keadaan sebenar yang berlaku tetapi Kementeria­n Kesihatan telah membuat siasatan secara terperinci dari segala segi dan ia (siasatan) juga membabitka­n pelbagai pihak. Setakat ini, belum ada keputusan muktamad lagi kerana ia masih disiasat serta mengambil sedikit masa lagi (untuk siap).

“Saya minta mereka ( keluarga) bersabar dan jangan bimbang kerana Kementeria­n ( Kesihatan) tidak akan sembunyi apa-apa berhubung siasatan kes itu dan jika kesalahan itu di pihak kami, kita akan mengaku serta mengambil tindakan. Kami bersikap terbuka dalam hal ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi dan Bilik Pembelajar­an Maya di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri, di sini kelmarin.

Dr Hilmi yang juga Anggota Parlimen Balik Pulau berkata demikian ketika diminta mengulas desakan Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM) yang mahu Kementeria­n Kesihatan memberi penjelasan terperinci berhubung kes kematian Hapipah yang didakwa berpunca daripada kecuaian Hospital Putrajaya.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan dilaporkan berkata kejadian itu bukan yang pertama kali berlaku dan Kementeria­n Kesihatan harus melakukan sesuatu bagi mengelak situasi sama berulang pada masa hadapan.

Suami Hapipah, Abdul Razak Bachik dilaporkan berkata pihaknya turut menggesa Kementeria­n Kesihatan memberikan penjelasan terperinci berhubung rawatan yang diberikan kepada Allahyarha­m kerana keluargany­a kesal serta dukacita dengan kejadian itu ekoran isterinya dihantar ke Hospital Putrajaya dalam keadaan baik dan boleh berjalan.

Katanya Hapipah mendapatka­n rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya awal September 2015 akibat kencing tidak lawas tetapi suntikan dipercayai ‘ anti- cocktail’ yang diberikan semasa rawatan di Zon Kuning itu didakwa menjadi punca yang menyebabka­n kemerosota­n kesihatan Hapipah sehingga meninggal dunia pada 29 Dis 2015.-Bernama KUCHING: Pihak berkuasa tempatan diminta agar sentiasa memberi perhatian kepada keperluan golongan kurang upaya ( OKU) dalam setiap pelaksanaa­n kemudahan di kawasan bidang kuasa masingmasi­ng.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Negeri Datuk Fatimah Abdullah berkata kemudahan- kemudahan awam yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan hendaklah mesra golongan OKU.

Beliau berkata golongan OKU seharusnya mempunyai kebolehcap­aian kepada kemudahank­emudahan awam sejajar dengan peruntukan yang terkandung dalam Akta Orang Kurang Upaya 2008.

“Kebolehcap­aian kepada kemudahan awam merupakan hak asas golongan kurang upaya kerana mereka juga berhak untuk bersama-sama menikmati atau menggunaka­n kemudahan- kemudahan yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Tongkat Putih Antarabang­sa Peringkat Kebangsaan di Tebingan Sungai Kuching di sini, kelmarin.

Misalnya, menurut Fatimah, pemasangan lampu isyarat perlu disertakan dengan isyarat bunyi bagi memudahkan golongan OKU cacat penglihata­n menggunaka­nnya ketika mahu menyeberan­g jalan.

“Tempat pejalan kaki juga perlu mesra golongan OKU dengan menggunaka­n bahan yang selamat bagi kegunaan golongan berkenaan,” tambahnya.

Dalam pada itu, Fatimah menyaranka­n supaya golongan OKU turut dilantik sebagai ahli majlis pihak berkuasa tempatan agar mereka boleh memberi input mengenai keperluan golongan berkenaan.

Sementara itu, Fatimah turut menyeru masyarakat Malaysia yang sempurna fizikal supaya sentiasa menyokong dan membantu golongan OKU sejajar dengan tema sambutan tahun ini “OKU dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Sebelum itu, Fatimah menyertai lebih 500 peserta terdiri daripada OKU cacat penglihata­n berarak sepanjang tiga kilometer dari Padang Merdeka Kuching hingga ke Tebingan Sungai Kuching.-Bernama

 ??  ?? TIMBALAN Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (kanan) diberi penerangan oleh pengetua SMK Seri Balik Pulau, Wan Sajiri Wan Hassan mengenai Bilik Pembelajar­an Maya selepas majlis perasmian biliik berkenaan kelmarin.
TIMBALAN Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya (kanan) diberi penerangan oleh pengetua SMK Seri Balik Pulau, Wan Sajiri Wan Hassan mengenai Bilik Pembelajar­an Maya selepas majlis perasmian biliik berkenaan kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia