Utusan Borneo (Sabah)

Bekas suami mabuk melepaskan tembakan ditahan polis

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA BELUD: Seorang lelaki yang juga bekas suami bertindak melepaskan satu das tembakan menggunaka­n bakakuk atau senapang buatan sendiri ditahan polis di sebuah rumah tidak bernombor di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superinten­dan Mohd Zaidi Abdullah berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

“Siasatan awal kejadian mendapati suspek berumur 48 tahun ditahan selepas dipercayai melepaskan tembakan dalam keadaan mabuk kira-kira jam 10 malam pada 29 September lalu.

“Suspek dipercayai melepaskan tembakan yang diarahkan terhadap bekas isterinya menggunaka­n senapang buatan sendiri atau bakakuk,” katanya dalam satu kenyataan di sini kelmarin.

Beliau berkata, siasatan lanjut mendapati suspek bertindak demikian disebabkan tidak berpuas hati dengan penceraian suspek bersama bekas isterinya itu sejak Jun lalu.

Katanya, selepas meminum alkohol pada malam kejadian, suspek kemudianny­a pergi ke rumah mentuanya sebelum melepaskan tembakan terhadap bekas isterinya yang ketika itu sedang makan di dapur.

Menurutnya, tembakan yang dilepaskan suspek bagaimanap­un tidak terkena mangsa dan hanya dihalakan ke dinding dapur terbabit.

“Suspek kemudianny­a berjaya ditahan reman di Lokap Balai Polis Kota Belud untuk siasatan selanjutny­a.

“Kita turut merampas senapang butaan sendiri yang digunakan suspek semasa kejadian berlaku,” katanya sambil menambah suspek akan berhadapan hukuman penjara selama tempoh sehingga 10 tahun serta denda jika sabit kesalahan.

 ??  ?? ZAIDI (tengah) menunjukka­n senapang buatan sendiri atau bakakuk yang digunakan oleh suspek.
ZAIDI (tengah) menunjukka­n senapang buatan sendiri atau bakakuk yang digunakan oleh suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia