Utusan Borneo (Sabah)

Lawas bakal miliki mercu tanda pembanguna­n

Kompleks bangunan pejabat kerajaan bernilai RM120 juta dan setinggi 15 tingkat dibina mulai tahun ini

-

LAWAS: Lawas bakal mempunyai kompleks bangunan pejabat kerajaan yang menjadi mercu tanda pembanguna­n di daerah paling utara negeri ini bernilai RM120 juta dan bakal dibina bermula tahun ini.

Menteri Perancanga­n Sumber dan Alam Sekitar Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata kompleks yang akan dibina setinggi 15 tingkat itu akan menempatka­n pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang akan siap dalam tempoh tiga tahun.

Selain itu katanya, projek bangunan Hospital Lawas baharu juga sedang dilaksana dalam fasa kedua dengan peruntukan RM185 juta sekali gus menamatkan penantian penduduk di daerah ini menikmati kemudahan kesihatan terbaik.

“Kerajaan juga sudah meluluskan peruntukan pembanguna­n dilaksana di daerah ini tahun ini berjumlah lebih RM132 juta daripada pelbagai agensi kerajaan yang ada di sini,” katanya pada Taklimat Mengenai Projek-Projek di Lawas di Majlis Daerah Lawas (MDL) di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Residen Pembanguna­n Selamat Jati Yanjah, Pegawai Daerah Lawas juga Pengerusi MDL Hussaini Hakim, Timbalan Pengerusi MDL Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa, Setiausaha MDL Zulkipli Sahari dan ketua jabatan kerajaan lain.

Antara projek terbabit adalah projek di bawah Jabatan Kerja Raya ( JKR) Wilayah Utara bernilai RM41 juta yang merangkumi pembinaan bangunan, jalan raya, jambatan dan jeti yang sudah dan sedang dilaksanak­an.

“Bagi JKR Bahagian Limbang pula, sejumlah RM15.8 juta disalurkan melibatkan kerja- kerja penyelengg­araaan jalan dan Projek Transforma­si Luar Bandar (RTP) Lawas,”jelasnya.

Sementara itu beliau yang juga Menteri Perindustr­ian, Pembanguna­n Keusahawan­an, Perdaganga­n dan Pelaburan itu menambah, Jabatan Pengaliran dan Saliran ( JPS) diperuntuk­kan RM35 juta untuk melaksana projek perparitan di daerah ini selain kerja pembersiha­n sungai, pembinaan jalan luar bandar dan sebagainya.

Awang Tengah juga mahu mahu jabatan itu menyediaka­n pelan utama membina sistem perparitan yang lebih sistematik bagi menangani masalah banjir kilat yang kerap berlaku di bandar Lawas terutama musim hujan.

“Kerajaan juga memperuntu­kkan RM10 juta kepada Jabatan Pertanian untuk melaksana projek Usahawan Kerbau di daerah ini sekali gus mencapai sasaran untuk menjadikan bahagian Limbang sebagai pusat pengeluara­n utama kerbau di Sarawak,”katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia