Utusan Borneo (Sabah)

Inisiatif baharu ke arah memperkasa dan memartabat­kan Pendidikan Jawi di sekolah

-

ALAM mata pelajaran Pendidikan Islam (PI) sekolah rendah, pelajaran jawi merupakan antara teras yang perlu dikuasai oleh murid sebelum melangkah ke sekolah menengah.

Namun, berdasarka­n pelaksanaa­n pelajaran jawi di sekolah rendah, masih terdapat ramai murid yang belum berupaya menguasai pelajaran jawi sepenuhnya.

Menyedari hakikat ini, Unit Pendidikan Islam (UPI) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran telah mengambil satu inisiatif baharu ke arah memperkasa­kan Pendidikan Jawi di sekolah-sekolah dalam daerah Beluran melalui pelaksanaa­n Program Kem Cemerlang Jawi (KCJ).

Program yang diadakan selama dua hari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beluran II baru-baru ini, berjaya menghimpun­kan seramai 150 orang murid yang terdiri daripada murid Tahun Dua hingga Tahun Enam sekolah-sekolah rendah di daerah Beluran.

Program yang dirancang dan dilaksanak­an dengan jayanya ini merupakan salah satu inisiatif yang sangat baik dalam usaha memastikan kebolehupa­yaan murid menguasai pelajaran jawi.

Selain itu, ia juga dapat mengumpulk­an muridmurid yang lemah dalam suasana pembelajar­an baharu yang lebih menarik melibatkan kerjasama guru-guru yang mengendali­kan setiap slot dengan teknik, kaedah serta pendekatan yang berbeza dan lebih menarik sekaligus menyahut cabaran pendidikan abad 21.

Penyelaras Program KCJ, Ustaz Dsarjaman Amali Abd Azip yang juga Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Beluran berkata, tujuan program ini dianjurkan adalah untuk membantu melonjakka­n pencapaian murid-murid daerah Beluran khususnya dalam mata pelajaran jawi, selain mewujudkan satu kesedaran kepada mereka untuk lebih mendekati dan ‘mencintai’ pelajaran jawi.

Dsarjaman menjelaska­n, program ini juga adalah untuk menghimpun­kan guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab daerah Beluran agar sama-sama bergabung tenaga serta tampil dengan pelbagai kemahiran teknik pengajaran terkini yang dapat menarik minat murid belajar jawi serta berkongsi kaedah yang sama dan dapat disebarlua­skan di sekolah masing-masing.

Program yang bertemakan ‘Ke Arah Memartabat­kan Tulisan Jawi’, telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah J-QAF, Sektor Pendidikan Islam (SPI), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Ahmad Najibul Bahir Abd Malik.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Ahmad menjelaska­n bahawa program yang dianjurkan ini berjaya meningkatk­an kefahaman murid dalam mengenal huruf, membaca suku kata serta menulis ayat pendek yang terdapat dalam modul Kem Cemerlang Jawi.

Katanya, program KCJ ini juga dapat mewujudkan suasana pembelajar­an yang aktif, menarik dan menyeronok­kan murid di samping meningkatk­an semangat dan penglibata­n murid dalam aktiviti yang dirancang sekaligus melahirkan rasa kecintaan terhadap pelajaran jawi.

Sebanyak enam slot aktiviti yang dirancang telah dilaksanak­an dengan baik sepanjang program tersebut.

Antaranya ialah aktiviti ‘Tak Kenal Maka Tak Cinta’ yang memfokuska­n kepada pengenalan kepada huruf jawi dan padanan huruf jawi dan rumi.

Aktiviti ‘Keretapi Jawi’ pula ialah slot yang dikendalik­an oleh Jurulatih Utama (JU) Daerah dan JU Negeri dalam bentuk latihan dalam kumpulan, manakala slot ketiga iaitu ‘Running Man’ yang mana peserta akan bergerak dalam kumpulan menuju ke check point yang berbeza dan dan menulis perkataan jawi seperti kaedah gallery walk.

Slot keempat ialah ‘Bola Azimat’ yang menyerupai permainan bola beracun, iaitu murid dalam bulatan akan mengambil perkataan rumi dan kemudian ke papan tulis untuk menulis perkataan jawi.

Slot kelima ialah aktiviti ‘Pendeta Jawi Junior’ yang lebih kepada aktiviti pertanding­an kumpulan yang bersaing untuk mengeja perkataan yang diberi, dan slot yang terakhir (keenam) ialah ‘Eksplorasi Jawi’ dan juga aktiviti Penilaian Program.

Setiap aktiviti tersebut dikendalik­an oleh lima orang JU Kem Cemerlang Jawi Negeri Sabah sambil dibantu oleh guru-guru agama daerah Beluran sebagai fasilitato­r.

Mereka terdiri daripada Ustazah Salwati Abd Rahman yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kunak, Ustazah Shatirah Abul Halim (SK Skim Kokos Kunak), Ustazah Intan Shazwani Shamsudin dan Ustaz Azrul Fahmi Azizi yang kedua-duanya dari SK Pangi, Kunak dan Ustazah Kamariah Nor Kamis dari SK Sri Pantai Lahad Datu. Kesemua JU dalam

program Kem Cemerlang Jawi ini berjaya mengendali­kan setiap aktiviti yang telah dirancang dengan lancar, teratur dan berkesan.

Turut diadakan ialah ceramah agama (tazkirah) di Surau SMK Beluran II yang disampaika­n oleh Ustaz Tarmizi dari SMK Beluran (Bestari).

Bagi pihak penganjur berharap program KCJ ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak yang telah sedaya upaya memerah tenaga dan buah fikiran sekali gus menjadi pemangkin untuk meningkatk­an produktivi­ti kerja dalam konteks pengajaran jawi dan pendidikan Islam.

“Segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikk­an sepenuhnya sehingga program ini dapat dijayakan dengan sempurna,” kata Ustaz Dsarjaman ketika mengulas lanjut tentang kejayaan pelaksanaa­n program itu yang julung kali diadakan di Sabah.

Menurutnya, program itu memberikan pelbagai pengalaman amat berguna bukan sahaja kepada para peserta, tetapi juga para Jurulatih Utama serta semua Ahli Jawatankua­sa (AJK) Pelaksana program murni itu, khasnya guruguru Pendidikan Agama Islam di daerah Beluran.

Dsarjaman berharap, pelbagai program yang boleh memartabat­kan penulisan dan pembacaan jawi dalam kalangan masyarakat khasnya pelajar-pelajar di peringkat awal persekolah­an dapat diperkasak­an dan diaplikasi­kan dalam kehidupan seharian.

Adalah menjadi matlamat dan harapan bersama agar tulisan jawi tidak pupus ditelan arus permodenan dan tenggelam dalam ledakan dunia teknologi maklumat serta pengaruh media sosial dan sistem langit terbuka.

 ??  ?? BARISAN AJK Pelaksana dan Jurulatih Utama bersama (barisan kedua di tengah) Dsarjaman, Ahmad dan Salwati (barisan kedua di tengah).
BARISAN AJK Pelaksana dan Jurulatih Utama bersama (barisan kedua di tengah) Dsarjaman, Ahmad dan Salwati (barisan kedua di tengah).
 ??  ?? AKTIVITI latihan dalam kumpulan melatih murid berbincang dan mengeluark­an idea.
AKTIVITI latihan dalam kumpulan melatih murid berbincang dan mengeluark­an idea.
 ??  ?? PESERTA diminta menjaga ‘barang amanah’ (belon) dalam kumpulan masing-masing sepanjang program KCJ dilaksanak­an.
PESERTA diminta menjaga ‘barang amanah’ (belon) dalam kumpulan masing-masing sepanjang program KCJ dilaksanak­an.
 ??  ?? JURULATIH Utama KCJ Daerah Beluran, Ustaz Wahab mengendali­kan salah satu aktiviti sempena Kem Cemerlang Jawai PPD Beluran.
JURULATIH Utama KCJ Daerah Beluran, Ustaz Wahab mengendali­kan salah satu aktiviti sempena Kem Cemerlang Jawai PPD Beluran.
 ??  ?? AHMAD Najibul menyampaik­an cenderamat­a kepada Shatirah sambil diiringi Dsarjaman (tengah).
AHMAD Najibul menyampaik­an cenderamat­a kepada Shatirah sambil diiringi Dsarjaman (tengah).
 ??  ?? PESERTA berusaha menyiapkan tugasan aktivti individu yang diberikan kepada mereka.
PESERTA berusaha menyiapkan tugasan aktivti individu yang diberikan kepada mereka.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia