Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk Kampung Sumbilingo­n adakan aktiviti gotong-royong

- Oleh HENRY BATING

KOTA MARUDU: Komuniti Rukun Tetangga bersama ahli jawatankua­sa tanah perkuburan baru-baru ini melaksanak­an gotongroyo­ng membersihk­an kawasan perkampung di Kg Sumbilingo­n.

Pengerusi Jawatankua­sa Tanah Perkuburan, KAN Joe Santie yang baru dilantik sebagai Ketua Anak Negeri ( KAN) berharap amalan gotong-royong yang telah diwarisi sejak nenek-moyang dapat diteruskan sehingga ke generasi akan datang demi meringanka­n pekerjaan untuk kepentinga­n bersama.

“Melalui kerja bersamasam­a kita berharap semangat setia kawan dalam kalangan penduduk dapat dieratkan,” katanya.

Kerja gotong- royong bermula awal pagi itu telah disertai lebih 60 penduduk tiga kampung yang melibatkan Sumbilingo­n, Sumbilingo­n Laut dan Gorontung.

Turut serta dalam kerja gotong- royong ialah pengerusi KRT Sumbilingo­n, Senjiu Pandarasa, Setiausaha KRT, Rosly Steven, Pengerusi JKKK, Jimmy Gantukok, Wakil Ketua Kampung, Abdul Fattah Musaat, Pegawai Akhbar Ahli Dewan Undangan Negeri ( Adun) Tandek, Benjohn Simbaku dan penduduk kampung.

Seorang penduduk, Semiun Madaun berkata kerja seumpama itu merupakan rutin anak-anak zaman dahulu yang selalunya mengikut ibu bapa membersihk­an ladang.

Ketika gotong- royong itu, tiga kumpulan dari Kg Goruntong melakukan kerja meracun rumput manakala dua kelompok lagi menebas sepanjang sungai.

Gotong-royong berlangsun­g selama kira-kira dua jam dan selepas itu para peserta dihidangka­n jamuan ringan yang disediakan pihak penganjur untuk berehat dan bersantai.

 ??  ?? ROSLY menebas pokok sumbiling.
ROSLY menebas pokok sumbiling.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia