Utusan Borneo (Sabah)

MASwings taja 40 anak yatim bercuti di Miri

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: MASwings menaja seramai 40 anak yatim daripada empat buah rumah kebajikan untuk melancong ke bandar Miri, Sarawak.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, 40 kanak-kanak itu adalah dari Rumah Anak Yatim Darul Bakti, Kota Belud; Yayasan Kebajikan Suria Tuaran; Home Tuaran dan Rumah Anak Yatim, serta Asnaf AsSakinah, Papar.

“Program ini diadakan dengan kerjasama pintar Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia ( YADIM) Zon Sabah bersama MASwings.

“Para peserta akan dibawa melawat ke beberapa destinasi sekitar Miri seperti muzium petroleum, pejabat daerah Miri, lawatan ke rumah anak yatim dan lain-lain,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di sini kelmarin.

Beliau berkata, agensi swasta yang lain juga digalakkan tampil ke hadapan untuk membantu kanakkanak yang kurang bernasib baik ini.

Jainab turut menyeru kepada anak yatim agar tidak segan bergelar anak yatim kerana pada suatu masa nanti dengan ilmu pengetahua­n yang diperolehi, anak-anak itu mampu mengejar impian masing-masing.

“Saya berharap anakanak akan memanfaatk­an percutian yang ditaja ini dengan mempelajar­i sesuatu yang baik daripada perjalanan anda,” katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MASwings, Aminuddin Zakarian berkata, program yang diadakan itu adalah yang kali ke- 5 dan ia adalah sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) syarikat itu.

“MASwings diwujudkan untuk rakyat Sabah dan Sarawak dan berharap dengan lebih banyak kejayaan yang akan diperolehi pada masa depan, laluan-laluan baharu di Sabah dan Sarawak dapat diwujudkan,” katanya.

Hadir sama dalam sidang media itu ialah Pengarah Yadim Sabah, Samin Ongki. 40 tiket penerbanga­n pergi dan balik ke destinasi yang dipilih adalah ditaja MASwings sementara Yadim bertanggun­gjawab menguruska­n aturcara lawatan termasuk penginapan, pengangkut­an di lokasi serta kebajikan peserta.

 ??  ?? SEBAHAGIAN anak-anak yatim merakamkan gambar kenangan bersama para tetamu kehormat.
SEBAHAGIAN anak-anak yatim merakamkan gambar kenangan bersama para tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia