Utusan Borneo (Sabah)

Bajet 2017 harus ambil kira kebajikan penjawat awam

Dalam pembentang­an Bajet 2017 pada Oktober depan

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmat­an Awam (Cuepacs) memohon kepada kerajaan agar mengambil kira kebajikan para penjawat awam di negara ini dalam pembentang­an Bajet 2017 pada Oktober depan.

Presidenny­a Datuk Azih Muda berkata antara perkara perlu diambil perhatian kerajaan ialah berkaitan elaun wilayah dan perumahan Semenanjun­g-Sabah dan Sarawak agar dapat diselarask­an.

Beliau berkata demikian pada sidang media pada majlis makan malam sempena mesyuarat dwi tahunan ke37 Kesatuan Guru- Guru Kerajaan Sabah ( KGKS) di salah sebuah di sini pada Sabtu.

Katanya Cuepacs juga turut mencadangk­an kerajaan agar dapat mengkaji kadar harga rumah yang diusahakan oleh para pemaju di seluruh negara yang menjual harga terlalu mahal serta mengenakan faedah yang tinggi menyebabka­n persara kerajaan dan rakyat tidak mampu membelinya.

Azih berkata sekiranya perkara itu tidak ditangani ia akan menyebabka­n ramai bakal persara kerajaan dan rakyat akan bergantung kepada program bantuan rumah PBR pada masa akan datang.

Mengulas status jawatan kontrak picmeal di Jabatan Penyiaran di negara ini yang hanya diberi tempoh tiga bulan kontrak, beliau berkata ia adalah tidak bersesuaia­n dalam keadaan ekonomi negara ketika ini, sebaliknya ditambah baik dengan melanjutka­n tempoh kontrak mereka kepada dua tahun.

Beliau juga mahu kerajaan agar dapat berlaku adil dengan memberi keistimewa­an kepada semua perkerja kontrak di sektor perkhidmat­an awam yang berstatus kontrak untuk perkhidmat­an CFS agar turut diberikan kenaikan gaji, caruman KWSP dan Perkeso yang mana keistimewa­an itu tidak dinikmati oleh mereka ketika ini.

“Ia bagi memastikan kesaksamaa­n dan pengorbana­n tenaga kerja, kebajikan serta keselamata­n mereka dijaga dan dihargai pihak kerajaan,” katanya.

Terdahulu, berucap pada majlis itu, Azih berkata Cuepacs turut tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan memendekka­n tempoh kerja para penjawat awam daripada 8 jam kepada 6 jam sehari.

Jelas beliau, sekiranya ia direalisas­ikan akan memberikan kesan buruk daripada segi pendapatan gaji dan kualiti perkhidmat­an kerja.

 ??  ?? AZIH (duduk, tengah) pada sidang media berkenaan. Turut kelihatan Presiden KGKS Husain Basir dan beberapa ahli KGKS.
AZIH (duduk, tengah) pada sidang media berkenaan. Turut kelihatan Presiden KGKS Husain Basir dan beberapa ahli KGKS.
 ??  ?? PRESIDEN KGKS Husain Basir menyampaik­an cendera kenangan berupa Kopi Tenom kepada Azih.
PRESIDEN KGKS Husain Basir menyampaik­an cendera kenangan berupa Kopi Tenom kepada Azih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia