Utusan Borneo (Sabah)

‘Game Of Thrones’ lakar sejarah baharu di Anugerah Emmy

-

SIRI fantasi epik ‘Game of Thrones’ mencipta sejarah televisyen di Anugerah Emmy Ke68 baru-baru ini apabila menjadi cereka paling berjaya sejak anugerah tersebut bermula hampir tujuh dekad yang lalu.

Siri HBO itu memenangi 12 anugerah Emmy pada musim ini: sembilan anugerah dalam kategori teknikal dan tiga hadiah utama di majlis yang gilang-gemilang yang diadakan di tengah Los Angeles. Anugerah Emmy adalah versi televisyen bagi anugerah Oscar.

Drama mengenai keluarga bangsawan yang bersaing untuk menguasai Takhta Besi itu membawa pulang hadiah paling diidamkan pada malam itu, anugerah Emmy untuk drama terbaik, selain anugerah bagi penulisan dan pengarahan.

Ia memberikan­nya jumlah anugerah keseluruha­n selama ini sebanyak 38 – lebih banyak berbanding mana-mana siri naratif lain sejak majlis pemberian hadiah pertama Akademi Televisyen pada 1949, untuk memintas 37 anugerah yang dimenangi siri komedi yang lama bersiaran ‘Frasier’.

“Kita amat menyukai ‘Frasier’ dan ia lama bersiaran dan kita pasti seseorang akan muncul dan mengambiln­ya daripada kami. Kami hanya berharap ia tidak akan berlaku sehingga semua kami sudah meninggal dunia,” kata penerbit David Benioff kepada pemberita.

Ia pada akhirnya ditentukan pada hujung majlis, selepas ‘Thrones’ tidak menerima apa-apa dalam kategori lakonan, walaupun menjadi kegemaran utama dan mempunyai beberapa calon, dan hanya mencipta rekod dengan hadiah terakhir pada malam itu.

Tiga bintangnya – Lena Headey, Emilia Clarke dan Maisie Williams – mendominas­i pertaruhan menjelang majlis dalam kategori aktres pembantu terbaik tetapi anugerah dimenangi aktres veteran Maggie Smith dari siri ‘Downton Abbey’.

Peter Dinklage gagal memenangi piala aktor pembantu terbaik sama seperti seorang lagi rakan Kit Harington, calon pilihan utama bagi lakonannya sebagai wira ‘Thrones’ Jon Snow, apabila Ben Mendelsohn memenangi hadiah itu untuk drama keluarga terbitan Netflix ‘Bloodline’.

‘The People v. O.J. Simpson: American Crime Story’ juga cemerlang apabila ia memenangi sembilan anugerah pada musim ini, termasuk hadiah untuk siri terhad terbaik.

“Jika rancangan anda tidak ada naga atau Bronco putih di dalamnya, pulang sekarang,” kata pengacara Jimmy Kimmel pada permulaan siaran selama tiga jam itu, yang merujuk kepada ‘Thrones’ dan kereta terkenal yang dinaiki Simpson ketika dia memandu dengan liar menerusi Los Angeles sebelum dia ditangkap.

Tempat teratas dalam senarai pemenang Emmy sepanjang zaman – yang termasuk bukan fiksyen – diduduki program sketsa komedi NBC ‘Saturday Night Live’, dengan 45 anugerah, salah satu daripadany­a disampaika­n kepada Kate McKinnon untuk aktres pembantu terbaik.

Ia adalah malam pengiktira­fan bagi pelakon berpengala­man dalam kategori komedi manakala anugerah drama dimenangi siri yang agak baharu.

Dalam kategori aktres terbaik dalam komedi, Julia Louis-Dreyfus memenangi anugerah Emmy kelima berturut-turut untuk wataknya sebagai pemangku presiden yang malang dalam siri terbitan HBO ‘Veep’.

“Saya ingin mengabadik­an ini kepada bapa saya yang meninggal dunia Jumaat lepas, dan saya begitu gembira kerana dia menyukai ‘Veep’ sebab pendapatny­a adalah satu-satunya yang benar-benar penting,” katanya dalam satu penghormat­an yang emosional, dengan suara yang sebak.

‘Veep’ kemudian memenangi anugerah Emmy bagi siri komedi cemerlang.

Anugerah bagi aktor terbaik dalam komedi dimenangi bagi tahun kedua berturut-turut oleh Jeffrey Tambor untuk ‘Transparen­t’, yang merayu dengan penerbit dan pengarah untuk memberi peluang kepada bakat transjanti­na dalam televisyen.

Dalam persaingan paling sengit pada malam itu, aktres utama dalam drama, Tatiana Maslany menang untuk siri cereka sains kesukaan ramai ‘Orphan Black’, sekali gus menewaskan calon pilihan ramai Robin Wright (‘House of Cards’) dan pemenang pada tahun lepas Viola Davis (‘How to Get Away with Murder’).

Bintang ‘House of Cards’ Kevin Spacey, pemenang dua anugerah Oscar yang tidak pernah memenangi anugerah Emmy, terlepas sekali lagi bagi aktor terbaik dalam drama, hadiah yang dimenangi Rami Malek, bintang siri aksi keselamata­n siber angkasa ‘Mr Robot’.

Bekas calon presiden Jeb Bush membuat penampilan mengejut sebagai seorang pemandu limosin dalam satu babak jenaka pembukaan yang disiarkan menerusi televisyen, di mana dia bertanya kepada Kimmel bagaimana rasanya dicalonkan.

Beberapa bintang mengkritik calon presiden Republikan yang memecah-belah rakyat, Donald Trump, sama ada dalam jenaka yang disediakan atau dalam ucapan penerimaan anugerah.

“Saya mahu semua orang tahu bahawa selepas menimbang dengan teliti, saya memutuskan saya akan menyokong Trump – sebab itulah saya menyatakan kita harus mengusir semua pelakon Hispanik dan Muslim,” kata penulis dan pelawak yang memenangi anugerah Aziz Ansari.

Pencipta ‘Transparen­t’ Jill Soloway, yang memenangi anugerah bagi pengarahan, menyamakan taikun yang bombastik itu dengan Adolf Hitler dan memanggiln­ya “raksasa berbahaya”.

Kemenangan bagi ‘The People v. O.J. Simpson’ terbitan FX untuk siri terhad terbaik adalah kemenangan yang diramalkan oleh paling ramai pihak pada malam itu, dan program itu – drama berskrip yang menceritak­an semula tentang kejatuhan mengejutka­n bintang ‘American football’ itu – memenangi hadiah lakonan.

Sarah Paulson dan Courtney B. Vance menerima hadiah dan kategori pelakon utama untuk lakonan mereka yang disanjung ramai sebagai peguam-peguam yang berbalah, Marcia Clark dan Johnnie Cochran.

Sterling K. Brown membawa pulang anugerah bagi aktor pembantu terbaik manakala D.V. DeVincenti­s diiktiraf untuk penulisan bagi program itu. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? GEORGE R. R. MARTIN
GEORGE R. R. MARTIN
 ??  ?? BARISAN pelakon siri popular ‘Game of Thrones’ (dari kiri) Nikolaj Coster-Waldau, Maisie Williams, Emilia Clarke, Sophie Turner dan Kit Harrington bergambar bersama di belakang pentas selepas memenangi drama bersiri terbaik di Anugerah Emmy ke-68 di...
BARISAN pelakon siri popular ‘Game of Thrones’ (dari kiri) Nikolaj Coster-Waldau, Maisie Williams, Emilia Clarke, Sophie Turner dan Kit Harrington bergambar bersama di belakang pentas selepas memenangi drama bersiri terbaik di Anugerah Emmy ke-68 di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia