Utusan Borneo (Sabah)

Pekerjaan pertama anda, mengurus kebebasan yang baharu dikecapi

-

KHAMIS lepas, kita telah sama-sama menerokai pengalaman hidup Adam di kolej dan melihat bagaimana dia membiayai pelajarann­ya sendiri melalui pinjaman pelajaran serta memberi tuisyen secara sambilan.

Hari ini pula, kita akan bersama Adam apabila dia memulakan pengalaman baharu dalam dunia pekerjaan diiringi babakbabak cinta.

Namanya dipanggil dan Daniel menyiku rakan karibnya Adam.

Tumpuan Adam masa itu adalah pada Aida, yang duduk di bahagian pertengaha­n dewan.

Dia tengah memikirkan cara untuk mengambil gambar bersamanya.

Walau bagaimanap­un, dia cepat-cepat bangkit lalu naik ke pentas untuk menerima skrolnya.

Ini merupakan detik yang amat membanggak­an bagi Adam serta keluargany­a.

Dia akhirnya telah berjaya mendapat ijazah dengan kepujian dan juga tawaran pekerjaan yang tetap.

Kemudian, di jamuan sambutan yang diadakan, Adam dapat memberanik­an diri untuk meminta Aida untuk bergambar bersamanya dan bertukartu­kar nombor telefon. Mereka berjanji untuk terus berhubung dari masa ke masa.

Adam memulakan kerjaya di salah satu daripada lima firma perakaunan yang terbesar dan dia sangat sibuk.

Dia dibayar gaji permulaan RM2,500 sebulan dan dengan bekerja lebih masa serta tuntutan lain, dia mendapat gaji purata sebanyak RM3,000 sebulan.

Kini dia mempunyai lebih banyak pendapatan yang boleh diguna tetapi dia masih mempunyai komitmen lain yang perlu difikirkan.

Dia mengambil keputusan menyemak semula belanjawan­nya seperti berikut (lihat Jadual 3).

Kita dapat perhatikan bahawa Adam telah meletakkan ‘Tabungan’ sebagai item pertama di lajur ‘Perbelanja­an’.

Ini selaras dengan prinsip bahawa kita haruslah selalu membayar pada diri kita dahulu.

Oleh itu, dia memastikan dia meneruskan pelaburann­ya dalam amanah saham, malah kali ini dia menambahka­n tabungan berkala kepada 10 peratus daripada gajinya.

Dia ada baca beberapa buku perancanga­n kewangan yang menyatakan kita harus menabung sekurangku­rangnya 10 peratus atau lebih daripada pendapatan berbanding jumlah caruman KWSP.

Malah ada sesetengah perancang kewangan yang menyaranka­n agar kita menabung setakat separuh daripada pendapatan kita.

Ini termasuk caruman wajib KWSP daripada majikan dan pekerja yang berjumlah 23 peratus untuk kebanyakan pekerja, yang bermakna kita perlu menabung jumlah selebihnya sebanyak 27 peratus daripada pendapatan kasar kita!

Ini pastinya suatu permintaan yang agak mustahil bagi ramai orang, khususnya mereka yang mempunyai anak, tetapi pengorbana­n sedemikian dapat menjamin masa persaraan yang selesa.

Perkara kedua pada senarainya adalah pembayaran semula pinjaman PTPTN.

Dengan menggunaka­n kalkulator pinjaman di tapak web PTPTN (www. ptptn.gov.my) dia perlu membayar kira-kira RM150 sepanjang tempoh 180 bulan, pada kos pentadbira­n sebanyak 1 peratus setahun.

Sebagai siswazah yang bertanggun­gjawab, sebaik sahaja dia menerima cek gaji pertamanya, Adam mula membayar balik pinjamanny­a, tanpa menunggu untuk surat tuntutan bagi pinjaman tersebut.

Dia rasa sekiranya dia melambatka­n ataupun lebih teruk lagi, tidak mengendahk­an pembayaran­nya, dia sedang merampas peluang mahasiswa dan mahasiswi lain yang sangat memerlukan dana tersebut, lebih-lebih lagi, ia menghadapi risiko disenaraih­itamkan daripada memohon pinjaman di masa depan!

Oleh sebab Adam tinggal bersama ibu bapanya, dia dapat berjimat daripada belanja sewa, kalau tidak, dia perlu membelanja­kan kira-kira RM300 untuk menyewa sebuah bilik di KL!

Dengan penjimatan tersebut, dia memutuskan untuk memberi ibu bapanya RM250 setiap orang untuk menampung belanja makanan dan penginapan­nya.

Sememangny­a ia suatu tindakan yang menguntung­kan kedua belah pihak kerana sambil membuat jasa pada ibu bapanya, dia dapat berjimat!

Dia memperuntu­kkan RM500 untuk belanja makannya di luar rumah, khususnya bagi makan tengah hari dan makan malam sekiranya dia perlu kerja lewat.

Dia menganggar­kan kos makanannya ialah RM20 sehari bagi 25 hari kerja dalam sebulan.

Dia juga ketepikan RM500 untuk belanja pakaian dan hiburan kerana pastinya dia lebih sering keluar makan-makan atau keluar bersama-sama rakan sekerjanya dan RM100 boleh dihabiskan sekali gus!

Adam juga ada niat untuk membeli kereta tetapi ingin menabung lebih banyak wang agar dapat mengeluark­an bayaran pendahulua­n yang lebih besar untuk kereta pertamanya.

Buat masa ini, dia akan menggunaka­n pengangkut­an awam atau menumpang rakan sekerja yang memandu.

Seperti dulu, dia mendapatka­n Kad Perjalanan Bulanan, iaitu pas perjalanan bersepadu untuk bas awam dan LRT pada harga RM135 sebulan.

Dia membundark­an jumlah ini kepada RM200 dan selebihnya untuk meliputi tambang teksi.

Dia juga membajet RM100 bagi bil telefon bimbitnya yang pastinya akan bertambah dengan berkembang­nya kehidupan sosialnya.

Selepas mengambil kira kesemua perbelanja­an yang dapat diramalkan, dia gembira apabila mendapati dia masih mempunyai baki lebihan RM300 setiap bulan.

Semasa memikirkan cara untuk membelanja-kan wang secara produktif, dia terbaca suatu artikel dalam majalah kewangan peribadi yang menekankan keperluan setiap dewasa yang bekerja memiliki polisi insurans.

Dia membuat pertanyaan tentang jenis polisi yang paling sesuai buat dirinya dan selepas meneliti beberapa pilihan, dia memutuskan untuk mendapatka­n polisi insurans.

Dia dapati dia mampu mengetepik­an 10 peratus gajinya kerana polisi insurans yang dipilihnya juga berfungsi sebagai alat penabungan yang tetap.

Oleh itu, dengan belanjawan kira-kira RM250 sebulan, dia dapat membeli insurans bagi dirinya dan juga insurans perubatan yang disertakan dengan kad perubatan.

Kad perubatan akan merangkumi kos rawatan hospital dan pembedahan sekiranya dia dimasukkan ke hospital.

Meskipun dia mendapat perlindung­an insurans daripada syarikatny­a, dia rasa dia harus mendapatka­n perlindung­an insurans sendiri sebagai suatu sandaran keselamata­n.

Kini dengan peruntukan ini, dia boleh menggunaka­n hampir keseluruha­n pendapa-tannya secara produktif.

Semasa menjalanka­n tugasan auditnya, Adam terserempa­k dengan kenalan lamanya.

Tak lain tak bukan rakan universiti­nya, Aida!

“Wah, alangkah kecilnya dunia ini, pertemuan indah yang tak disangka dan lama diidam-idamkan!” katanya kepada dirinya.

Aida menyandang jawatan sebagai eksekutif kewangan di bank tempat Adam sedang menjalanka­n audit dan dia segera mengecam Adam.

Mereka sudah lama tidak berjumpa ataupun hubungi satu sama lain sejak menamatkan pengajian di universiti dan kenangan manis zaman universiti terlintas di fikiran.

Aida adalah siswazah bidang perniagaan dan dulu mereka tinggal di hostel yang sama.

Ada kalanya, mereka menghadiri kuliah bersama-sama rakan tetapi tidak pernah keluar berdua-duaan.

Adam menyemak nombor telefonnya yang disimpanny­a sejak kali terakhir mereka bertemu dan mendapati nombornya masih sama.

Dia meminta Adam membuat panggilan terlepas kepada telefon bimbit baharunya dan alangkah terkejutny­a Adam melihat gambar mereka berdua semasa di upacara penyampaia­n ijazah terpapar di telefonnya, dengan nama ‘Adam’ berkilau-kilauan.

Aida berasa malu dan tak dapat ucapkan apa-apa.

Lantas ‘wira’ kita Adam dengan segera mengawal keadaan dengan tersenyum manis dan berharap cinta yang baharu berputik ini akan terus mekar. (Nantikan artikel keempat kami dalam siri 12 artikel)

 ??  ?? JADUAL 3
JADUAL 3
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia