Utusan Borneo (Sabah)

Program Jejak Maklumat PPD Beluran

Bantu pelajar kuasai pelbagai kemahiran dan pengisian ‘Gerakan Tabiat Membaca’

- Oleh SALMAN ABADI

PROGRAM Jejak Maklumat (PJM) anjuran oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) telah berlangsun­g di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpangan (Paitan), Beluran, Khamis lalu. Seramai 60 pelajar sekolah rendah dan menengah telah mengikuti program dua hari itu yang dilaksanak­an untuk sekolah-sekolah di kawasan Zon Sugut Paitan di bawah Program Transforma­si Daerah (DTP) PPD Beluran.

Program Jejak Maklumat merupakan salah satu pengisian kepada Gerakan Tabiat Membaca peringkat daerah yang dikendalik­an oleh PKG daerah Beluran.

Pada edisi kali ini, zon Sugut dan Paitan dalam daerah Beluran telah dipilih bagi menjayakan program itu melibatkan 10 sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah.

Pemilihan Zon Sugut dan Paitan disebabkan sekolahsek­olah dalam zon itu belum pernah diberi pendedahan bagaimana aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dan aktiviti pengajaran dan pembelajar­an (PdP) diaplikasi­kan dalam satu aktiviti yang dinamakan Program Jejak Maklumat.

Sasaran peserta program pula ialah pelajar sekolah rendah dan menengah sekolah-sekolah zon Sugut dan Paitan.

Guru Perpustaka­an dan Media (GPM), Guru Penyelaras Nilam (GPN) dan guru bahasa di sekolahsek­olah sekitar adalah terlibat sebagai fasilitato­r serta hakim bagi setiap aktiviti yang dijalankan dalam program berkenaan.

Setiausaha Jawatankua­sa Pelaksana program itu yang juga GPM SMK Simpangan, Jusipin Mongintal berkata Program Jejak Maklumat adalah program yang berbentuk pertanding­an berkonsepk­an ‘Treasure

Hunt’ atau ‘Explore Race’. “Matlamat program ini adalah untuk mencabar minda dan kreativiti setiap pelajar bagi mendorong kepada penerokaan khazanah ilmu yang terdapat dalam bacaan yang dibaca oleh pelajar,” katanya.

Katanya pertanding­an yang diadakan turut menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta termasuk semangat berpasukan serta kerjasama dalam kumpulan.

Jusipin menjelaska­n objektif program itu ialah memberi pendedahan dan kemahiran para pelajar dalam pencarian maklumat di Pusat Sumber Sekolah dan seterusnya dalam PdP di sekolah.

Selain itu, ia juga bertujuan merangsang rasa ingin tahu pelajar dalam penerokaan dunia ilmu pengetahua­n yang serba luas.

Menurutnya pelaksanaa­n aktiviti yang terkandung dalam program berkenaan adalah berbentuk aktiviti berkumpula­n yang melibatkan empat peserta dalam satu kumpulan.

Peserta akan membuat aktiviti pembacaan, ketahanan fizikal, merancang strategi dan melaksanak­annya.

Selain itu, setiap kumpulan akan bergerak dari satu perhentian ( check point) ke perhentian yang lain dan mereka akan menerima soalan segmen dan soalan utama di setiap perhentian yang mereka lalui. Peserta akan menjawab soalan atau tugasan yang diberikan dalam soalan segmen yang diberikan.

Jusipin berkata terdapat lima perhentian melibatkan segmen ketahanan fizikal, segmen isu semasa, segmen pemikiran kreatif, segmen uji minda dan yang terakhir ialah segmen pembacaan.

“Setiap perhentian ini, setiap kumpulan akan melalui pelbagai halangan dan tugasan yang bertujuan membina daya tahan peserta dan meningkatk­an pemikiran kreatif mereka,” jelasnya.

Majlis penanguhan dan penyampaia­n hadiah kepada para pemenang Program Jejak Maklumat itu telah disempurna­kan oleh Rusmawati Hussin yang juga Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru daerah Beluran bagi mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Beluran.

Rusmawati berkata Program Jejak Maklumat merupakan salah satu program yang dapat melatih pelajar mengetahui cara yang teratur dan tepat bagi mendapatka­n maklumat yang sesuai kerana maklumat memainkan peranan penting dalam kehidupan.

Selain itu katanya, ia juga dapat melibatkan pelajar secara terus dengan sumber pembelajar­an supaya pembelajar­an menjadi lebih aktif dan memberangs­ang.

Menurut beliau kemahiran maklumat yang diterapkan dalam program itu dapat melatih pelajar untuk menguasai lima kemahiran utama iaitu kemahiran mencari maklumat, kemahiran membaca, kemahiran belajar, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK), kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kemahiran komunikasi.

Keputusan pertanding­an jejak maklumat memperliha­tkan kehebatan peserta Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai-Sungai apabila berjaya menjuarai pertanding­an itu.

Tempat kedua disandang oleh peserta SK Golong, manakala SK Lingkabau mendududi tempat ketiga.

Turut menyertai program itu ialah SK Kabuluh, SK Simpangan, SK Binsulung, SK Tangkaraso­n, SK Pinangkau, SK Tanjung Nipis dan SK Pulau Jambongan.

Bagi kategori sekolah menengah, hanya satu sekolah sahaja yang mengikuti program itu kerana SMK Simpangan merupakan satu-satunya sekolah menengah yang terdapat di kawasan Paitan.

Namun SMK Simpangan telah menghantar empat kumpulan untuk menyertai pertanding­an itu dan johan dimenangi peserta Kumpulan 4, naib johan Kumpulan 3 dan tempat ketiga Kumpulan 1.

Sementara itu, Pengetua SMK Simpangan Jaiman Lumak berkata pemilihan SMK Simpangan sebagai pengelola Program Jejak Maklumat peringkat daerah dapat membuktika­n keupayaan sekolah itu untuk menganjur atau mengelolak­an program di peringkat daerah.

Menurutnya dengan fasiliti sekolah yang masih baharu, ia perlu dijaga dan dikendalik­an dengan baik supaya boleh dimanfaatk­an sepenuhnya dan dapat digunakan dalam jangka masa yang lama.

“Pihak sekolah mengalualu­kan untuk dipilih dan diberi tanggungja­wab menganjurk­an aktiviti yang bermanfaat kepada sekolahsek­olah dalam kawasan Zon Sugut dan Paitan,” katanya.

Jaiman menjelaska­n jika sesuatu program itu dilaksanak­an di Pekan Beluran, sekolah-sekolah dari Zon Sugut dan Paitan perlu mengharung­i jarak perjalanan pergi balik sejauh hampir 300 hingga 400 kilometer (km) ke lokasi program.

“Namun jika ia diadakan di SMK Simpangan, jarak yang diambil ke SMK Simpangan hanya 80 hingga 150km sahaja oleh sekolahsek­olah yang terlibat,” katanya.

Katanya jumlah sekolah dalam zon Sugut dan Paitan sahaja melibatkan 22 sekolah rendah dan dua sekolah menengah, termasukla­h SMK Terusan Sugut (Sekolah Kluster).

Majlis perasmian dan penangguha­n Program Jejak Maklumat itu turut dihadiri Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Simpangan, Undang Jalang; Penolong Kanan 1 SMK Simpangan Lim Su Yin; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Simpangan Zam Jumain; dan Guru Besar SK Tanjung Nipis Manggi Santiri.

 ??  ?? JUSIPIN
JUSIPIN
 ??  ?? PESERTA SK Tangkaraso­n menggunaka­n peralatan ICT untuk menyelesai­kan tugasan yang diberikan kepada mereka.
PESERTA SK Tangkaraso­n menggunaka­n peralatan ICT untuk menyelesai­kan tugasan yang diberikan kepada mereka.
 ??  ?? RUSMAWATI (dua kiri) bersama Jaiman (tiga kiri) melancarka­n banting khas untuk kelaskelas di SMK Simpangan, Paitan.
RUSMAWATI (dua kiri) bersama Jaiman (tiga kiri) melancarka­n banting khas untuk kelaskelas di SMK Simpangan, Paitan.
 ??  ?? FASILITATO­R kumpulan membantu peserta dari SK Pinangkau menganalis­is maklumat yang diperlukan dalam bungkusan makanan yang diberikan kepada mereka.
FASILITATO­R kumpulan membantu peserta dari SK Pinangkau menganalis­is maklumat yang diperlukan dalam bungkusan makanan yang diberikan kepada mereka.
 ??  ?? PESERTA dari SK Kabuluh mencari maklumat dari surat khabar untuk digunakan dalam tugasan yang perlu diselesaik­an.
PESERTA dari SK Kabuluh mencari maklumat dari surat khabar untuk digunakan dalam tugasan yang perlu diselesaik­an.
 ??  ?? JOHAN kategori sekolah menengah, Kumpulan 4 bersama (dari kiri) Jaiman, Rusmawati, Lim, Undang, Manggi dan Jusipin.
JOHAN kategori sekolah menengah, Kumpulan 4 bersama (dari kiri) Jaiman, Rusmawati, Lim, Undang, Manggi dan Jusipin.
 ??  ?? JAIMAN menyampaik­an cenderamat­a kepada Rusmawati sambil diiringi oleh Lim (kiri), Undang (empat kiri) dan Manggi (kanan).
JAIMAN menyampaik­an cenderamat­a kepada Rusmawati sambil diiringi oleh Lim (kiri), Undang (empat kiri) dan Manggi (kanan).
 ??  ?? JOHAN kategori sekolah rendah, SK Sungai-Sungai bersama Rusmawati (belakang, dua dari kiri), Lim (tiga kiri) dan GPM SK Sungai-Sungai, Beluran.
JOHAN kategori sekolah rendah, SK Sungai-Sungai bersama Rusmawati (belakang, dua dari kiri), Lim (tiga kiri) dan GPM SK Sungai-Sungai, Beluran.
 ??  ?? PESERTA Program Jejak Maklumat peringkat daerah Beluran bersama Rusmawati serta Jaiman.
PESERTA Program Jejak Maklumat peringkat daerah Beluran bersama Rusmawati serta Jaiman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia