Utusan Borneo (Sabah)

Jambatan kayu balak perlu diganti konkrit

- Oleh YUSOP TEPPO

BELURAN: Pembinaan sebuah jambatan konkrit diperlukan di Matau Patau berikutan jambatan diperbuat dari kayu balak yang sedia ada mengalami kerosakan.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata kerosakan pada jambatan itu menyebabka­n ia tidak boleh dilalui kenderaan.

“Jambatan itu menjadi laluan utama kepada penduduk di 12 kampung dalam Mukim Nangoh dan digunakan untuk laluan mengangkut hasil pertanian.

“Ia juga menjejaska­n murid di kampung terlibat pergi ke sekolah,” katanya selepas meninjau kerosakan jambatan berkenaan di Kampung Pinuanakan, Nangoh, di sini.

Hadir sama, Pegawai Daerah Telupid Benedict Asmat dan wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Telupid.

Menurutnya pembinaan jambatan berkenaan melibatkan peruntukan yang besar pada masa kini tidak dapat dilaksanak­an berikutan ia di luar kemampuan Pejabat Daerah Telupid dan beberapa agensi di daerah itu.

Ronald yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat berkata bagi penyelesai­an jangka masa pendek, pihaknya akan meminta beberapa agensi yang mempunyai ladang sawit di kawasan berkenaan seperti Felcra, IOI dan IJM untuk tampil melaksanak­an tanggungja­wab sosial korporat membaiki jambatan berkenaan.

Katanya ia bagi mengelak timbul perasaan marah dalam kalangan rakyat luar bandar sehingga hilang keyakinan terhadap kerajaan masa kini.

Sehubungan itu, beliau mahu satu tindakan pantas daripada semua pihak untuk membaiki jambatan berkenaan dilaksanak­an segera demi mengembali­kan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Sementara itu, penduduk Kampung Gadus Kodom berkata jambatan itu sudah lama dan sering rosak disebabkan dibina dari kayu balak.

Beliau meminta tindakan segera diambil bagi membaiki jambatan itu bagi mengatasi masalah yang dihadapi pen- duduk kampung.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Pinuanakan Silvester Amat berkata jalan itu penting untuk penduduk kampung bagi mengeluark­an hasil-hasil pertanian dan berurusan ke pejabat.

“Kami memohon dan merayu kepada pihak berwajib agar mengambil perhatian kepada masalah yang kami hadapi sudah sekian lama,” katanya.

Seorang penduduk Kampung Pinuanakan, Miming Purnama berterima kasih di atas kehadiran Ronald yang melawat kerosakan jambatan itu.

Beliau berharap usaha membaiki jambatan itu dapat dilakukan dengan segera disebabkan keperluan yang mendesak oleh penduduk kampung.

 ??  ?? RONALD (kiri) ketika meninjau kerosakan jambatan di Matau Patau, Beluran.
RONALD (kiri) ketika meninjau kerosakan jambatan di Matau Patau, Beluran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia