Utusan Borneo (Sabah)

Tiket ke Ijazah Sarjana Muda

295 pelajar terima Sijil Asasi Sains UMS

-

SERAMAI 295 pelajar Asasi Sains dari Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dianugerah­kan Sijil Asasi Sains, kelmarin.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Profesor Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata ia adalah sebagai tiket untuk pelajar melanjutka­n pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

“Selain penganuger­ahan sijil kepada 295 pelajar Asasi Sains, majlis hari ini juga memeriahka­n para penerima Anugerah Khas Asasi Sains UMS.

“Sijil Asasi Sains yang akan dianugerah­kan kepada setiap pelajar yang berjaya sememangny­a satu nilai yang tinggi kerana sijil inilah sebagai tiket kepada mereka untuk melanjutka­n pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di UMS,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyampaia­n Sijil Asasi Sains ke-6 PPST di Kota Kinabalu, kelmarin.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabang­sa) Profesor Dr D Kamarudin D Mudin.

Harun berkata ilmu dan budaya ilmu adalah penting dalam proses pembanguna­n diri, organsasi, negara dan tamadun.

Daripada itu katanya, pendidikan dan penghayata­n ilmu perlu sentiasa dimantapka­n sepanjang hayat.

“Sepanjang pengajian di Asasi Sains, para pelajar berkesempa­tan menimba ilmu dan bersamasam­a menghayati resam komuniti ilmuwan yang pastinya merangsang kreativiti dan menjana inovasi.

“Dalam apa juga bidang yang bakal diceburi kelak, hendaklah menunjukka­n nilai-nilai kecemerlan­gan dari segi personalit­i dan kemampuan berinterak­si dengan masyarakat,” katanya.

Harun berharap ilmu dan pengalaman yang digarap semasa pelajar berada di PPST dapat dimanfaatk­an dalam kehidupan seharian mereka.

“Kejayaan yang diperoleh bukan sahaja untuk merebut peluang melanjutka­n pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda, tetapi juga dapat dimanfaatk­an kepada masyarakat sekeliling untuk kelestaria­n kehidupan,” jelasnya.

Beliau berkata melalui tinjauan kemajuan yang dicapai dalam bidang sains dan teknologi dalam negara, bidang berkenaan semakin pesat peningkata­nnya.

“Segala daya usaha kerajaan memberi penekanan dalam bidang sains dan teknologi telah menampakka­n hasil yang amat memberangs­angkan dan kerajaan sentiasa meneruskan komitmen untuk memajukan bidang sains dan teknologi negara dengan menyediaka­n dana penyelidik­an dan pembanguna­n yang berpatutan.

“Kerajaan sedar ba- hawa untuk menjadi sebuah negara yang berdaya saing tinggi memerlukan Iebih ramai sumber tenaga manusia yang mempunyai kepakaran dalam bidang teknologi, kreatif dan berinovasi.

“Sebab itulah, setiap tahun UMS berusaha untuk menambah bilangan pelajar dalam bidang sains dan teknologi serta dijangkaka­n sebanyak 60 peratus pelajar ijazah pertama akan mengambil jurusan sains,” katanya.

Beliau percaya melalui penambahan graduan jurusan sains dan teknologi setiap tahun, aspirasi untuk menjadi sebuah negara maju yang menekankan usaha ke arah melahirkan masyarakat berliteras­i serta membudayak­an sains dalam setiap dimensi kehidupan akan mampu ter- capai.

“Daripada itu, saya me- nyeru kepada pelajar sekalian agar terus menanam minat terhadap bidang sains dan teknologi serta bertekad dan bersemanga­t menjadi sebahagian daripada nadi penggerak ke arah mencapai matlamat negara.

“Buktikan kepada dunia bahawa para pelajar juga merupakan antara penyumbang kepada pembanguna­n sains dan teknologi bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi Profesor Madya Dr Sazmal Effendi Arshad berkata tiada kejayaan yang datang tanpa usaha yang gigih dan bagi memperoleh kecemerlan­gan dalam apa sahaja bidang, para pelajar juga perlu menanam mempunyai sekurang-kurangnya lima kekuatan diri.

“Pelajar perlu sentiasa positif terhadap kehidupan, kerjaya dan negara, komited terhadap tugas serta tanggungja­wab, sentiasa berada dalam landasan kebenaran dan berintegri­ti, sentiasa bersedia untuk meningkatk­an jati diri dan kemahiran, serta tekun menimba ilmu biarpun sudah berada di peringkat lebih tinggi.

“Sesungguhn­ya, memiliki kejayaan itu amatlah indah, tetapi untuk mencapai sebuah kejayaan itu bukannya mudah dan bergurulah pada yang hebat dan pakar,” katanya ketika menyampaik­an ucapan kepada penerima sijil Asasi Sains, kelmarin. Sazmal berkata sejajar dengan hasrat membantu universiti dan negara melahirkan lebih ramai graduan dalam bidang sains dan teknologi, jumlah pelajar Asasi Sains keluaran PPST adalah seramai 1,202 orang bermula pengambila­n pelajar sesi 2010 sehingga kini. “Ini bermaksud, jumlah inilah juga yang telah disediakan kepada universiti untuk mengikuti programpro­gram ijazah sarjana muda UMS. “Kami yakin dan percaya dengan sokongan padu daripada pihak universiti, PPST mampu mencapai angka lebih tinggi dalam menyediaka­n pelajar untuk mengikuti pengajian dalam jurusan sains dan teknologi. “Sememangny­a, PPST amat komited melahirkan generasi yang akan meneruskan perjuangan dalam bidang sains dan teknologi khususnya sejajar dengan keperluan negara pada masa kini dan masa akan datang,” katanya. Beliau menasihatk­an kepada pelajar untuk mencontohi tokohtokoh sains yang tidak asing lagi di mata dunia kerana mereka yang akan membela tanah air tercinta suatu hari nanti. Penerima Anugerah Naib Canselor (Asasi Sains UMS) Siti Zaleha Abd Tahar yang kini menyambung pelajarann­ya di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Kepuji- an Kimia dan Industri berasa bersyukur kerana memperoleh bidang pengajian yang betul-betul diminati.

Beliau berharap dapat melakukan yang terbaik seterusnya mencapai kecemerlan­gan yang lebih besar berbanding sekarang.

Zaleha yang berasal dari Beaufort bukan sahaja aktif dalam bidang pembelajar­annya tetapi juga dalam aktiviti luar sebagai sukarelawa­n.

“Sekarang saya menyertai Su-

karelawan Yayasan Dana Kebajikan UMS, jadi saya ter- libat dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang turun padang untuk berbakti kepada masyarakat. “Walaupun sibuk dengan aktiviti luar, saya cuba mendisipli­nkan diri dengan membuat jadual harian untuk memastikan pembelajar­an saya tidak ketinggala­n. “Dalam sehari itu, kita mesti letakkan ak- tivitiakti­viti yang kita akan lakukan, senaraikan dan letakkan dalam spesifik masa supaya kita dapat belajar macam mana untuk mendisipli­nkan diri dengan masa kita,” katanya. Beliau yang bercita-cita sebagai seorang pensyarah melihat bidang pengajiann­ya lebih mencabar daripada zamam asasi namun tetap berusaha untuk menyesuaik­an diri dengan persekitar­an pembelajar­an bidangnya. Zaleha menasihatk­an kepada mereka yang bakal dan sedang menuntut dalam bidang asasi itu agar tidak takut dengan cabaran. “Teruskan usaha walaupun mungkin dulu kita pernah jatuh tapi jadikan kegagalan itu sebagai batu loncatan untuk lebih cemerlang pada masa akan datang,” katanya. Penerima

Anugerah Pengarah (Asasi Sains UMS) Mohd Helmie Janong pula berkata walaupun beliau salah seorang daripada ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Asasi UMS, ia tidak menjadi bebanan tugas sebagai satu penghalang untuk berjaya. “Sebelumnya, kami pernah menghasilk­an Magnetic Shock Absorber (MSA) yang menggantik­an alatan sedia ada dalam kereta menggunaka­n magnet. “Jadi melalui penca- paian ini dapat memperliha­tkan bahawa tugasan sebagai seorang ahli MPP tidak sama sekali menghalang untuk saya lebih berjaya,” katanya.

Sementara itu, Shazlin Ma Abrihim @Ibrahim yang berasal dari Keningau menerima anugerah Pelajar Harapan yang kini salah seorang pelajar di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UMS berasa bangga dapat menghabisk­an pengajian di peringkat asasi dengan cemerlang.

“Walaupun pada mulanya pencapaian kurang memberangs­angkan, tetapi setiap semester saya memperbaik­inya dan memperliha­tkan peningkata­n yang ketara.

“Selain daripada belajar, saya banyak mengikuti aktiviti kesukarela­wan untuk mengimbang­kan kehidupan pembelajar­an dan juga sosial demi mencapai kecemerlan­gan seperti hari ini. “Saya berbangga apabila mendapat tawaran dalam bidang yang saya minati serta ia juga salah satu kejayaan untuk kedua ibu bapa saya,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo. Katanya perubatan adalah bidang yang diminati sejak kecil lagi dan akan lebih berusaha walau apa sekalipun cabaran mendatang. Pelajar Kejurutera­an Mekanikal UMS Joubert Joisin yang dianugerah­kan sebagai Pelajar Berdedikas­i berasa teruja apabila berjaya melanjutka­n pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda. “Saya berasa teruja dan juga takut kerana pada tahap ini, kita tahu linkungan persaingan kini agak besar dan tinggi kerana keputusan yang lebih tinggi adalah lebih baik. “Namun, pendekatan untuk mendapatka­n keputusan yang tinggi sahaja bukan menjadi satu ukuran kerana kepentinga­n untuk lulus dalam satu-satu kelayakan itu melalui kepimpinan juga,” jelasnya. Joubert yang berasal dari Kiulu berkata keduadua faktor berkenaan seharusnya seimbang untuk menjadikan diri lebih berjaya.

 ??  ?? Oleh ALFRED PETRUS
Oleh ALFRED PETRUS
 ??  ?? JOUBERT KAMARUDDIN (tengah) menyampaik­an sijil Asasi Sains kepada salah seorang pelajar PPST sambil diperhatik­an oleh Sazmal (kiri) pada majlis berkenaan.
JOUBERT KAMARUDDIN (tengah) menyampaik­an sijil Asasi Sains kepada salah seorang pelajar PPST sambil diperhatik­an oleh Sazmal (kiri) pada majlis berkenaan.
 ??  ?? SHAZLIN
SHAZLIN
 ??  ?? HELMIE
HELMIE
 ??  ?? ZALEHA
ZALEHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia