Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 1,000 penghuni flat Bukit Rahman Putra 10 bimbang tanah mendap

-

SUNGAI BULOH: Lebih 1,000 penghuni flat kos rendah Bukit Rahman Putra (BRP) 10 di sini dilanda kebimbanga­n berikutan tanah mendap di sekitar bangunan kediaman mereka yang dikesan sejak lima tahun lepas.

Para penduduk mendakwa meskipun laporan telah dibuat terhadap pihak berkuasa, sehingga kini tiada tindakan sewajarnya diambil untuk membaik pulih kerosakan itu.

Rosmalizi Aliza Zakaria, 36, berkata pada mulanya mendapan itu hanya dikesan di bahagian belakang blok flat enam tingkat itu ketika diadakan aktiviti gotongroyo­ng lima tahun lepas.

“Pada mulanya lubang mendapan itu amat kecil. Namun lama-kelamaan lubang itu semakin besar. Penghuni di tingkat bawah berasa bimbang kerana mendapan itu mengakibat­kan tandas dan dapurnya tidak boleh digunakan disebabkan tersumbat akibat mendapan,” katanya kepada pemberita di sini, kelmarin.

G. Kogavanee, 28, berkata retakan dalam dinding rumahnya pula dikesan sejak dua tahun lepas.

“Saya sendiri telah mengecat retakan itu namun cat tidak melekat pada dinding kerana ia menyerap air. Retakan itu menjadi lebih serius apabila ia merebak dari dapur ke ketiga-tiga bilik rumah saya,” katanya yang mendiami rumah itu sejak 10 tahun lepas.

Selain masalah mendapan, penduduk turut menyuaraka­n kebimbanga­n terhadap status enam blok flat BRP 10 yang terbiar di belakang blok kediaman mereka kerana syarikat pembinaan tidak memenuhi syarat pembinaan.

Pengerusi Persatuan Penduduk Kejiranan Dahlia Mohd Salem Nizam mendakwa blok flat terbiar itu turut mengalami retakan di dinding berikutan mendapan menyebabka­n ia terpaksa dipagar dan tidak mendapat sijil layak menduduki(CF).

“CF sementara itu hanya dikeluarka­n kepada penghuni keempat-empat blok itu dan sangat tidak bertanggun­gjawab sekiranya CF itu dikeluarka­n tanpa memeriksa keadaan keselamata­n bangunan.

“Walaupun tidak tinggal di flat itu, saya sering mendengar rungutan penduduk yang mengeluh dengan tahap mendapan dan retakan di flat itu,” katanya. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia