Utusan Borneo (Sabah)

KPPSPSB minta majikan selesaikan isu gaji dan perubahan shift

- Oleh ABD NADDIN BIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Kesatuan Pekerja- Pekerja Sabah Ports Sdn Bhd (KPPSPSB) meminta pihak majikan mereka supaya membantu menyelesai­kan isu penstruktu­ran gaji dimasukkan dalam CA atau perjanjian bersama antara pekerja dan majikan agar nasib dan masa depan ahli kesatuan lebih terjamin.

Presiden KPPSPSB Awang Ali Ahmad Raji berkata perkara pokok adalah jadual gaji yang sudah lama diperjuang­kan oleh kesatuan tetapi sehingga kini berlarutan.

Beliau berkata isu jadual gaji itu perlu ditangani sebaik mungkin untuk kebaikan ahli yang mahukan supaya isu itu diperjuang­kan dan selesaikan secepat mungkin.

“Kami hampir lemas dengan maki hamun dan bermacam tuduhan yang terpaksa kami telan, bukan saja kulit tetapi dengan sisik-sisiknya sekali,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Agung DwiTahunan KPPSPSB di Dewan Latihan Tingkat 1, Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar pada Sabtu.

KPPSPSB yang ditubuhkan pada tahun 2004 itu kini mempunyai seramai 408 ahli di seluruh Sabah.

Awang Ali menyeru semua ahli kesatuan agar bekerja lebih efisien sebagai satu pasukan bagi menjayakan matlamat syarikat demi kebaikan bersama.

“Isu yang kedua ialah yang masih menjadi pertikaian ialah isu perubahan shift yang dilakukan tanpa perundinga­n dengan pekerja kerana setiap perubahan yang dilakukan perlu persetujua­n bersama.

Beliau berkata perubahan shift yang dilakukan tanpa persetujua­n kesatuan menyebabka­n penurunan pendapatan yang drastik.

Katanya dalam tempoh percubaan, pekerja yang terjejas kehilangan sumber pendapatan kerana tidak lagi mendapat ba- yaran elaun lebih masa memerlukan insentif tambahan.

Insentif tambahan itu bagi menggantik­an kehilangan pendapatan pekerja hampir 80 peratus kerana perubahan shift itu, katanya.

Sementara itu, Pengerusi Sabah Ports Datuk Haji Karim Bujang mahu agar isu-isu yang ditimbulka­n oleh pihak KPPSPSB itu diberikan perhatian oleh pihak majikan supaya tidak ada pihak yang merasa diketepika­n.

Beliau meminta agar keduadua pihak iaitu majikan SPSB berunding dengan pihak kesatuan dengan hati yang terbuka untuk kebaikan bersama.

“Selesaikan dengan baik segala pertikaian supaya organisasi dapat bergerak ke hadapan dengan lebih cemerlang,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Operasi SPSB Mohd Sahid Haji Nawab Khan, Pengurus Pelabuhan Sandakan Haji Raiman Ali, Pengurus Pelabuhan Kota Kinabalu Suhaili Haji Kassim dan kenamaan lain.

 ??  ?? KARIM (empat dari kiri), Awang Ali (tiga dari kiri) dan Mohd Sahid (tiga dari kanan) bersama ahli jawatankua­sa dan ahli KPPSPSB selepas perasmian mesyuarat itu.
KARIM (empat dari kiri), Awang Ali (tiga dari kiri) dan Mohd Sahid (tiga dari kanan) bersama ahli jawatankua­sa dan ahli KPPSPSB selepas perasmian mesyuarat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia