Utusan Borneo (Sabah)

AIPS Asia sokong penuh penglibata­n wanita dalam kewartawan­an sukan

-

KUALA LUMPUR: Kesatuan Penulis Sukan Asia (AIPS Asia) akan memberi sokongan penuh untuk menggalakk­an penglibata­n golongan wanita dalam bidang kewartawan­an sukan.

Presiden AIPS Asia Muhammed Qassim berkata banyak program telah dirancang untuk memperkasa­kan wanita Asia dalam kerjaya berkenaan.

“Melalui jawatankua­sa eksekutif baharu AIPS Asia, kami menyokong penuh penglibata­n serta menggalakk­an wanita dalam membiasaka­n diri mereka dengan kewartawan­an sukan...ini hanya permulaan,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Qassim berkata beliau kagum melihat sambutan yang menggalakk­an dari 31 peserta wanita, termasuk tiga dari Malaysia, yang telah menunjukka­n perubahan terhadap penglibata­n wanita dalam bidang kewartawan­an sukan.

Beliau berkata AIPS sebagai badan induk, juga menyokong usaha- usaha yang dilakukan AIPS Asia berhubung agenda bagi golongan wanita.

“AIPS juga menghantar wakil mereka menghadiri bengkel ini untuk berkongsi pengetahua­n dan pengalaman mereka mengenai wanita dalam bidang kewartawan­an sukan, dan ia menunjukka­n mereka berpuas hati dengan program- program kita,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pertama AIPS Asia Raymond Chiu berkata kesatuan itu bercadang untuk melaksanak­an program lain, dan akan berusaha meningkatk­an tahap profesiona­lisme dalam kalangan wartawan sukan wanita dan muda.

“Selain program ini, kami juga mempunyai program untuk wartawan sukan muda yang memberi tumpuan melatih wartawan-wartawan muda bagi menghadapi cabaran lebih besar pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo,” katanya.

Raymond berkata program berkenaan akan menjadi objektif AIPS Asia untuk tempoh empat tahun akan datang.

“Kami akan mewujudkan pelbagai kem latihan untuk wartawan muda dan setiap negara di Asia layak untuk mengambil bahagian, namun pemilihan adalah menerusi persatuan penulis sukan negara masing- masing,” katanya.

Bengkel Kewartawan­an Sukan Wanita Asia yang bermula kelmarin sehingga hari ini, telah menarik penyertaan 31 peserta dari 22 negara termasuk Lebanon, Palestin, Qatar, Iran, Nepal, Hong Kong, Bangladesh dan India.

Antara penceramah yang membentang­kan kertas kerja pada bengkel itu ialah Presiden Persatuan Penulis Sukan Malaysia ( SAM) Ahmad Khawari Isa, Naib Presiden AIPS Laima Janusonyte-Steinhoff dan wakil jawatankua­sa penganjur Hiba Al-Sabbagh dari Jordan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia