Utusan Borneo (Sabah)

Vietnam penjara 3 warga Rusia guna kad ATM palsu curi wang

-

Tiga penipu dari Rusia, termasuk seorang yang cuba lari dari penjara dengan menggunaka­n sudu dan berus gigi untuk menggali terowong, telah dipenjara di Vietnam kerana menggunaka­n kad ATM palsu untuk mencuri AS$13,400 (RM54,940).

Lelaki terbabit, berusia antara 30 hingga 43 tahun, ditahan Oktober lalu sementara menunggu perbicaraa­n apabila salah seorang daripada mereka melakukan cubaan terakhir untuk melarikan diri.

“Dia dijumpai pegawai penjara ketika dia cuba menggali lubang dari biliknya” dengan menggunaka­n berus gigi dan sudu menurut satu laporan dalam talian dari akhbar undang-undang rasmi Ho Chi Minh City.

Lelaki terbabit masingmasi­ng dipenjara selama enam tahun kerana membuat kad bank palsu dan mencuri dari mesin wang tunai di Ho Chi Minh City di selatan dan wilayah Khanh Hoa.

Suspek yang cuba melarikan diri dikenakan hukuman penjara tambahan selama enam bulan kerana cuba lari dari penjara.

Suspek mengakui jenayah mereka dan kelmarin dijatuhi hukuman penjara di Khanh Hoa selepas perbicaraa­n sehari, kata seorang kerani mahkamah kepada AFP tetapi

HANOI:

tidak memberi maklumat lanjut.

Menurut akhbar undangunda­ng berkenaan, ketigatiga suspek tiba di Vietnam pada pertengaha­n Oktober dan ditangkap kemudian pada bulan yang sama ketika mereka hendak mengeluark­an wang dari sebuah ATM di Khanh Hoa.

Pada awal minggu ini, dua lelaki Turki dipenjara dalam satu kes berasingan masingmasi­ng selama lima tahun di Kota Ho Chi Minh atas tuduhan yang sama selepas turut mencuri kira-kira AS$13,400 dengan menggunaka­n 130 kad ATM palsu yang berasal dari Turki, akhbar kerajaan Tuoi Tre melaporkan.

Polis di negara komunis itu berkata jenayah siber oleh pencuri asing dan Vietnam kini semakin meningkat.

Di Thailand, polis turut memburu penggodam ATM yang melarikan AS$346,000 (RM1.4 juta) dengan memasukkan kad yang dipasang dengan malware ke dalam pelbagai mesin wang tunai yang dikendalik­an oleh Bank Simpanan Kerajaan (GSB) di Thailand pada hujung Julai lepas.

Pihak berkuasa Thai mengeluark­an waran tangkap bagi seorang lelaki Rusia yang mereka percaya adalah anggota sebuah kumpulan penjenayah asing yang mendalangi kecurian itu. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia