Utusan Borneo (Sabah)

Pertempura­n menjelang rundingan

-

BOGOTA:

Pemberonta­k FARC di Colombia bertempur dengan pasukan tentera kerajaan di tengah negara, Menteri Pertahanan Luis Carlos Villegas berkata kelmarin, ketika kedua- dua pihak bergegas untuk menyempurn­akan satu perjanjian damai bersejarah.

“Ini berlaku 48 jam lepas di La Uribe, apabila sebuah unit peronda FARC bertembung dengan pasukan respons segera tentera lalu bertempur,” menurut Villegas.

“Terdapat beberapa kecederaan,” menurut Villegas tanpa menjelaska­n lanjut.

Anggota pemberonta­k yang cedera telah diberikan bantuan perubatan, kata beliau.

Tiada anggota tentera atau orang awam yang tercedera, menurut kenyataan tentera.

Pemberonta­k yang tercedera merupakan anggota del- egasi yang dijangka menyertai rundingan damai yang sedang diadakan di Havana.

Keganasan muncul sebagai petanda kurang menggalakk­an ketika pihak kerajaan dan pemberonta­k dikatakan hampir menamatkan perang saudara lima dekad itu.

Carlos Lozada, yang bertindak sebagai perunding FARC dalam proses damai itu, mendakwa dalam Twitter bahawa apa yang berlaku bukan pertempura­n sebaliknya serangan terhadap delegasi FARC yang sedang dalam perjalanan ke Havana.

Lozada menegaskan pihak tentera untuk memindahka­n pemberonta­k yang tercedera melalui pengangkut­an udara, memikirkan kepercayaa­n di meja rundingan.

FARC baru-baru ini mempunyai kira-kira 7,000 orang anggota. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia