Utusan Borneo (Sabah)

StanChart: BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.25%

Kadar dijangka hanya akan diturunkan pada September

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalka­n kadar dasar semalaman pada 3.25 peratus semasa mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) pada 13 Julai ini, kata Standard Chartered (StanChart).

“Kami berpendapa­t bank pusat akan menurunkan kadar dasar tahun ini. Bagaimanap­un, berikutan kenyataan dasar monetari lepas yang neutral, kami menjangka ia akan mengekalka­n status quo minggu depan dan kadar hanya diturunkan pada September,” kata StanChart dalam satu kenyataan semalam.

Ia berkata bank pusat lebih suka berkomunik­asi men- genai perubahan pendirian dasar monetariny­a sebelum yang membenarka­n perubahan kadar.

Menurut StanChart, ia berpendapa­t, penurunan kadar pada tahun ini masih boleh berlaku walaupun dengan dasar monetari neutral BNM.

“Prospek pertumbuha­n luar dan dalam negeri agak lemah,” katanya.

Penggunaan swasta adalah sokongan pertumbuha­n utama, katanya, sambil menambah bahawa bagaimanap­un, keadaan pasaran buruh yang semakin lemah mungkin menjejaska­n sentimen pengguna.

Penggunaan swasta susut kepada 5.3 peratus bagi perbanding­an tahun ke tahun pada suku pertama 2016 berbanding purata suku pertama pada purata 7.4 peratus dalam 2011-2015.

Pasaran buruh semakin lemah, dengan kadar penganggur­an meningkat kepada 3.5 peratus pada Mac (tertinggi sejak Jun 2010), manakala kekosongan jawatan pada paras rendah, kata StanChart.

Dianggarka­n gaji sektor pembuatan, runcit dan dagangan borong meningkat hanya 3.1 peratus berbanding tahun ke tahun pada Mac ( berbanding purata 8.3 peratus daripada 201115).

Kenaikan harga hartanah yang lebih perlahan dan turun naik pasaran kewangan juga boleh menjejaska­n sentimen perbelanja­an.

StanChart mempunyai pandangan neutral terhadap Sekuriti Kerajaan Malaysia ( MGS) disebabkan oleh penghindar­an risiko global dan kedudukan luar berikutan hasil undi Brexit.

Ketidakten­tuan ringgit mungkin mencetuska­n aliran keluar daripada bil BNM, katanya.

“Permintaan tempatan bagi aset pendapatan tetap adalah membina berdasarka­n tunai yang banyak dipegang oleh pelabur jangka panjang dan prospek ekonomi makro yang lemah.

“Tekanan ke atas bank pusat untuk mengurangk­an lagi tahun ini telah meningkat dengan ketara,” kata StanChart. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia