Harian Metro

BAKAL ‘MERASUK’ DALAM PAWAGAM

Saka Perawan akan ditayangka­n Jun ini dengan menampilka­n pelakon komedi lama dan baharu

- Oleh Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@ hmetro.com.my

Naskhah sentuhan pengarah prolifik Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri memang tidak disangkal lagi. Bukan hanya terkenal sebagai pelakon malah gaya pengarahan Ahmad Idham menjadi sebutan ramai.

Setelah berjaya meraih kutipan sebanyak RM3.5 juta dan kekal dalam

‘Top 10’ selama tujuh minggu berturut-turut di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei bagi filem blokbuster pembukaan tahun 2024 menerusi filem Anak Perjanjian Syaitan 2.

Ahmad Idham bakal mempertaru­hkan filem komedi seram terbaharu arahannya, Saka Perawan yang bakal ditayangka­n di pawagam seluruh negara bermula 27 Jun depan.

Grand Brilliance

Studio dengan kerjasama Primeworks Studios selaku pengedar dan rakan pemasaran menerusi Saka Perawan menampilka­n barisan pelakon komedi ‘Legend’ dan baharu seperti Azlee Senario, Yassin Senario, Datuk Fauziah Nawi, Sophia Albarakbah, Isyariana, Nelissa Nidzam, Afieq Shazwan, Datuk

Seri Eizlan Yusof, Wilma Muhammad, Man Raja Lawak, Atu Zero, Mamak Puteh, Anne Abdullah dan Zalif Sidek.

Filem yang menjalani penggambar­an pada tahun lalu ini padat dengan pelbagai mesej pengajaran dan jenaka.

Sementara itu, Nelissa atau nama sebenarnya Nelissa Edreena

Nizam dalam satu temubual sebelum ini memaklumka­n perasaan teruja menantikan tayangan filem berkenaan.

“Filem Saka Perawan adalah genre seram komedi. Saya akui ia sangat kelakar. Saya suka skrip filem ini malah

Dr Ahmad Idham buat komedi cara sitkom yang orang suka,” katanya.

Saka Perawan berkisar mengenai misteri di sebalik penyakit misteri nenek yang berusia 80 tahun sehingga membuatkan anakanakny­a menjadi bingung.

Setiap kali selepas Maghrib, keadaan nenek akan merosot dan nazak, tetapi sebaik sahaja mencapai jam 5 pagi, keadaannya kembali normal dan hanya terbaring di katil.

Sudah hampir sebulan nenek terbaring sakit dan doktor perubatan juga tidak mempunyai jawapan untuk penyakit misteri nenek ini.

Ternyata, akibat perbuatan lampau nenek, beliau yang berada di ambang kematian dan saka yang dimiliki oleh nenek perlu diturunkan kepada cucu perempuan yang masih perawan sebelum nenek meninggal dunia.

Jadi, apakah pengakhira­n cerita di sebalik penyakit misteri nenek ini, dan adakah nenek berjaya menjejakka­n pewaris Saka Perawan ini?

Layari laman sosial Facebook, Twitter, Instagram serta saluran YouTube Primeworks Studios - filem untuk berita dan informasi terkini.

Filem Saka Perawan adalah genre seram komedi. Saya akui ia sangat kelakar. Saya suka skrip filem ini malah Dr Ahmad Idham buat komedi cara sitkom yang orang suka NELISSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia