Harian Metro

Tak bawa tayar, tiub ganti sepanjang kembara

-

Kuala Lumpur: “Dunia luar sangat indah dan kembara pertama saya dengan menunggang motosikal ke Tanah Suci Makkah ini cukup berharga untuk dikenang,” kata Muhammad Aidil Nursulhi.

Remaja berusia 19 tahun dan berasal dari Melaka itu tiba di Arab Saudi awal bulan lalu dengan menunggang motosikal Modenas Kriss 110.

Dia menyertai kembara berkenaan untuk menunaikan ibadat umrah bersama beberapa rakan lain yang menggunaka­n kenderaan masing-masing.

Menurutnya, biarpun sudah mempunyai pengalaman kembara ke Benua Eropah

bersama bapanya, Nursulhi Rahim, namun misi ke Tanah Suci Makkah yang dilakukan berseorang­an tetapmempu­nyai cabaran dan pengalaman tersendiri.

“Banyak yang saya belajar di setiap negara. Setiap pengembara akan merasai pahit dan manisnya.

“Sebelum ini, saya merasai pengalaman menaiki kereta api dengan ayah untuk melakukan pengembara­an. Ini adalah pengalaman pertama saya menunggang motosikal (dan tanpa ayah). Memang mencabar kerana setiap kembara mempunyai cabaran masing-masing.

“Saya turut melalui laluan berbatu dan bersalji selain berdepan cuaca sejuk. Syukur kerana akhirnya saya sampai ke Tanah Suci Makkah,” katanya dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, untuk sampai ke Tanah Suci Makkah, dia menunggang sejauh kira-kira 400 kilometer sehari dan ia cukup mencabar kemampuan diri.

“Saya tak bawa tayar dan tiub ganti sepanjang kembara ini dan berusaha membaiki sendiri tayar yang pancit,” katanya.

Menurutnya, biarpun masih muda namun dia mendapat sokongan penuh keluarga dan rakan.

“Syukur kerana akhirnya saya sampai ke Tanah Suci Makkah Muhammad Aidil

 ?? ?? MUHAMMAD Aidil menunggang motosikal dalam kembara ke Makkah.
MUHAMMAD Aidil menunggang motosikal dalam kembara ke Makkah.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia