Harian Metro

Cuba kawal emosi di Bukit Jalil

-

Kuala Lumpur: Pemain beregu campuran profesiona­l negara, Goh Liu Ying mengakui, dia akan cuba mengawal emosi sepanjang beraksi di Terbuka Malaysia 2023 yang berlangsun­g di Arena Axiata, Bukit Jalil minggu ini.

Dia kembali berganding­an dengan Chan Peng Soon sebagai hadiah perpisahan buat peminat memandangk­an Terbuka Malaysia kali ini kejohanan terakhirny­a bergelar pemain sebelum menggantun­g raket.

Menurut pemain kelahiran Melaka berusia 34 tahun itu, dia mungkin sedikit beremosi, namun sedia untuk menikmati kejohanan terakhir bersama Peng Soon, tidak kira sama ada menang ataupun kalah.

“Peminat di Malaysia sangat gilakan badminton, jadi saya mahu rasakan suasana itu apabila masuk ke dalam gelanggang nanti. Memang akan beremosi nanti, tetapi saya hanya mahu nikmati perlawanan,” katanya yang turut menjadi penyampai anugerah di Anugerah Ikon Sukan (AIS) Harian Metro Ahad lalu.

Menurutnya, Terbuka Malaysia (2008) adalah kejohanan pertama dia dan Peng Soon sebagai pasangan beregu manakala kali ini, ia menjadi kejohanan

“Peminat di Malaysia gilakan badminton, saya mahu rasakan suasana itu Goh Liu Ying

terakhir buat mereka.

“Oleh itu, saya anggap ia sangat bermakna untuk kami berdua,” katanya yang pernah berganding­an dengan beberapa pemain sebelum ini seperti Soong Joo Ven dan Low Juan Shen.

Menjelang aksi pusingan pertama hari ini, Peng Soon-Liu Ying yang juga pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dijadualka­n bertemu beregu Indonesia, Rehan Naufal Kusharjant­o-Lisa Ayu Kusumawati.

Dalam pada itu, Peng Soon berkata, persefaham­an dalam gelanggang masih tidak berubah meskipun sudah setahun tidak bermain bersama selain mahu menyajikan aksi terbaik buat penonton yang merindukan aksi mereka berdua.

 ?? ?? PEMAIN beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying pada sesi latihan menjelang kejohanan di Arena Axiata, Bukit Jalil. - Gambar NSTP/ASWADI ALIAS
PEMAIN beregu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying pada sesi latihan menjelang kejohanan di Arena Axiata, Bukit Jalil. - Gambar NSTP/ASWADI ALIAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia