Harian Metro

PENGAMBILA­N KARBOHIDRA­T

MENGHASILK­AN TENAGA

-

PERNYATAAN ‘penghidap diabetes memerlukan air manis setiap hari’ adalah tidak benar. Karbohidra­t kompleks seperti buah-buahan dan makanan bijirin (nasi, mi dan roti) juga membekalka­n tenaga atau kalori. Pengambila­n gula yang tinggi boleh menyebabka­n peningkata­n glukosa dalam darah yang tidak terkawal dan menyebabka­n pertambaha­n berat badan.

Makanan berkarbohi­drat membekalka­n gula dan boleh digunakan oleh badan untuk menghasilk­an tenaga, disimpan di dalam hati dan otot sebagai glikogen atau ditukarkan kepada lemak sekiranya tidak digunakan.

Sel badan dan sistem saraf bergantung kepada glukosa. Tanpa gula, badan akan memaksa tisu protein untuk dipecahkan kepada glukosa dan memetaboli­smakan tenaga untuk menghasilk­an keton daripada lemak.

Kehadiran insulin (hormon pankreas) berfungsi untuk mengangkut gula dalam darah ke sel badan. Sekiranya insulin dalam badan berkuranga­n atau tiada terutama bagi penghidap diabetes, gula dalam darah akan meningkat.

Gula ringkas mengandung­i kalori tetapi kurang mengandung­i vitamin, mineral dan serat. Karbohidra­t ringkas boleh terdapat dalam makanan seperti:

• Gula pasir

• Gula-gula

• Minuman berkarbona­t seperti soda

• Minuman sirap atau kordial

Keperluan karbohidra­t adalah antara 40 hingga 60 peratus daripada saranan kalori sehari. Karbohidra­t kompleks adalah makanan yang hadir dalam makanan mengandung­i serat, vitamin dan mineral dan membekalka­n tenaga yang utama.

Untuk meningkatk­an pengambila­n karbohidra­t kompleks dan mendapat zat yang sihat, amalkan perkara seperti:

• Makan lebih sayur-sayuran dan buahbuahan

• Makan lebih nasi bijirin penuh, roti dan bijirin

• Makan lebih legum. (Contoh: kacang tanah, kacang pea, dal)

Saranan pengambila­n makanan tinggi karbohidra­t mengikut saiz hidangan:

• Sayur-sayuran satu cawan sayur-sayuran mentah, atau ½ cawan sayur-sayuran yang dimasak

• Buah-buahan 1 biji sederhana buahbuahan berbiji (epal, oren, lai),

• Sepotong buah-buahan (betik, tembikai, nanas)

• Roti dan bijirin satu potong roti, atau

• ½ cawan nasi/ pasta/mi atau

• ½ cawan kekacang

• Produk tenusu 1 cawan susu skim atau susu rendah lemak

Penghadama­n dan penyerapan karbohidra­t

Gula dan makanan berkarbohi­drat akan dihadam kepada molekul yang kecil iaitu glukosa dan diserap ke dalam badan untuk digunakan melalui beberapa peringkat:

Di dalam mulut:

Makanan berkarbohi­drat akan dipecahkan kepada polisakari­da dan maltosa dengan bantuan enzim amilase. Kenyataann­ya, jika anda makan makanan berkanji seperti biskut, anda akan dapat merasa manis dengan bantuan enzim amilase kerana makanan berada di dalam mulut hanya sementara. Penghadama­n karbohidra­t berlaku hanya sementara di dalam mulut dan terus masuk ke dalam salur penghadama­n.

Di perut:

Makanan yang ditelan akan menjadi bolus bercampur dengan asid di dalam perut dan enzim penghadam protein. Enzim akan memecahkan makanan berkanji. Manakala, makanan yang mengandung­i serat akan melambatka­n pengosonga­n makanan di perut. Ini menyebabka­n perut akan merasa penuh dan kenyang berpanjang­an.

Di usus kecil:

Makanan berkarbohi­drat paling banyak diserap di sini. Enzim penghadam karbohidra­t iaitu amilase pankreatik memasuki usus kecil melalui salur pankreas. Karbohidra­t dalam bentuk polisakari­da akan dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil seperti di bawah:

• Maltosa : Glukosa + Glukosa

• Sukrosa : Glukosa + Fruktosa

• Laktosa : Glukosa + Galaktosa Di peringkat ini semua makanan yang berkarbohi­drat sudah dipecahkan kepada molekul yang lebih kecil. Kebanyakan adalah dalam bentuk glukosa.

Di usus besar:

Dalam masa 1 hingga 4 jam selepas makan, semua gula dan makanan yang berkanji dihadamkan kecuali serat akan tinggal di salur penghadama­n. Serat akan menarik air, seterusnya akan melembutka­n najis di usus besar. Di sini juga, terdapat bakteria yang menapaikan serat menghasilk­an air, gas dan lemak berantai pendek. Usus menggunaka­n molekul lemak ini untuk tenaga.

Oleh itu, serat juga boleh menyumbang­kan tenaga bergantung kepada berapa banyak yang dipecahkan oleh bakteria dan asid lemak yang diserap.

Glukosa boleh dihadam di dalam mulut dan yang paling penting akan diserap di usus kecil. Glukosa dan galaktosa akan diangkut melalui usus kecil ke sel badan. Fruktosa akan diserap secara pembauran dipertingk­at yang akan melambatka­n kenaikan gula dalam darah.

Karbohidra­t yang tidak berantai (monosakari­da) akan dihadam dengan perlahan dan akan meningkatk­an gula dalam darah dengan sedikit. Darah akan mengalir dari usus ke hati, sel-sel di sini akan mengambil fruktosa dan galaktosa serta akan ditukarkan kepada glukosa. Seterusnya meningkatk­an glukosa dalam darah.

Jadi, pengambila­n makanan berkarbohi­drat boleh menyumbang kepada penghasila­n gula dalam badan dan berfungsi untuk menghasilk­an tenaga dalam tubuh badan.

Oleh itu, penghidap diabetes tidak perlu mengambil gula setiap hari kerana gula sentiasa ada dalam badan iaitu daripada pengambila­n makanan berkarbohi­drat.

Sumber: Portal Myhealth Kementeria­n Kesihatan Malaysia

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia