Harian Metro

HARGAI PEMBABITAN TUDM

Kumpulan Multimedia sumbang RM150,000 hasil kutipan filem kepada Kelab Rekreasi TUDM

- Oleh Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Bagi menghargai jasa dan sumbangan wira negara, syarikat produksi Multimedia menyalurka­n RM150,000 hasil kutipan box office filem Air

Force The Movie: Selagi Bernyawa kepada kepada kelab di bawah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pengarah Urusan Kumpulan Multimedia, Datuk Steven Lim berkata, dia bersyukur dan bangga dengan kejayaan filem itu yang meraih kutipan RM31 juta pada tayanganny­a tahun lalu.

“Saya boleh mengatakan 2022 adalah tahun yang mencabar untuk Multimedia, namun kita mengharung­inya dengan baik dan berjaya menayangka­n lima filem.

“Amat membanggak­an apabila filem Air Force The Movie : Selagi Bernyawa berjaya medapat kutipan box office sebanyak RM31 juta dan turut memenangi tiga anugerah di Festival Filem Malaysia Ke-32.

“Saya juga ingin mengucapka­n terima kasih kepada rakan kongsi Multimedia iaitu GSC, Astro, Six Fun dan FX Hammer di atas sokongan mereka dalam mencapai kejayaan besar ini. Tidak melupakan jasa TUDM, pengarah, kru, barisan artis dan penaja.

“Melihat kejayaan ini di sini saya ingin mengumumka­n sebanyak RM150,000 daripada kutipan box office filem ini akan disumbangk­an kepada Kelab Rekreasi Tentera Udara. Terima kasih, wirawira negara,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam apresiasi Multimedia Entertainm­ent dan sambutan Tahun Baru Cina di sebuah dewan di Bangsar, di sini, baru-baru ini.

Menurut Steven, lembaran 2023 akan menjadi permulaan baik apabila pihaknya bertekad untuk menghasilk­an lebih banyak filem berkualiti yang berkisar semangat patriotik, kekeluarga­an dan kejayaan kehidupan masyarakat Malaysia.

“Memasuki 2023, Multimedia berazam untuk menghasilk­an filem-filem berkualiti dan mempunyai semangat patriotik, kekeluarga­an dan kejayaan kehidupan.

“Antaranya filem kepolisan War On Terror dan sebuah karya mengenai perjuangan anggota bomba, Bomba The Movie: Legasi. Saya berharap filem-filem Multimedia ini pecah panggung,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi Kumpulan Multimedia, Tan Sri Khalid Abu Bakar menzahirka­n rasa terharu selepas melihat seluruh pasukannya berjuang ketika mengharung­i fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.

“Industri seni tanah air terjejas teruk dan Multimedia pada ketika itu terpaksa menghentik­an semua aktiviti penggambar­an untuk tempoh tertentu.

“Situasi ini amat sukar untuk kami semua, namun Multimedia terus berjuang untuk mengharung­i pandemik ini dan pada 2022, Multimedia sudah menayangka­n lima filem termasuk Air Force The Movie: Selagi Bernyawa yang berjaya meraih kutipan box office.

“Pencapaian ini membakar semangat Multimedia untuk terus menerbit filem berkualiti, bukan saja untuk menarik minat penonton, bahkan meningkatk­an imej industri perfileman negara,” katanya.

Dalam ucapannya, Khalid memaklumka­n Multimedia sudah merancang untuk mengeluark­an lapan filem besar yang bertemakan kedaulatan negara bertujuan memupuk kecintaan rakyat kepada negara.

“Sukacita dan penuh rasa bangga saya ingin mengatakan Multimedia menerima perkenan daripada Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menghasilk­an filem Bomba The Movie: Legasi yang mengisahka­n perjuangan anggota bomba dan penyelamat.

“Filem ini sedang dalam pembikinan dan dijangka ditayangka­n tahun ini. Selain itu, Multimedia juga akan menghasilk­an filem mengisahka­n tragedi hitam Lahad Datu, Sabah yang mana 12 perwira negara kita gugur ketika mempertaha­nkan kedaulatan negara daripada serangan pengganas,” katanya.

Dalam masa sama, Khalid turut berterima kasih kepada badan beruniform negara yang terbabit dalam usaha pembikinan filem di bawah Multimedia.

“Sesungguhn­ya, jasa dan bakti anggota keselamata­n negara yang tidak ternilai ini sentiasa disanjung dan dikenang.

“Saya juga ingin mengucapka­n setinggiti­nggi penghargaa­n kepada anggota angkatan tentera, polis dan bomba yang di atas panduan dan tunjuk ajar dalam membantu menjayakan filem-filem Multimedia.

 ?? FOTO AMIRUDIN SAHIB ?? MULTIMEDIA berhasrat untuk menghasilk­an lebih banyak filem berunsur patriotik bagi memupuk rasa cinta terhadap negara.
FOTO AMIRUDIN SAHIB MULTIMEDIA berhasrat untuk menghasilk­an lebih banyak filem berunsur patriotik bagi memupuk rasa cinta terhadap negara.
 ?? ?? SEBANYAK RM150,000 akan disumbangk­an kepada Kelab Rekreasi Tentera Udara.
SEBANYAK RM150,000 akan disumbangk­an kepada Kelab Rekreasi Tentera Udara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia