Harian Metro

Mekanisme bersasar

-

Dasar kawalan harga dan subsidi ayam diteruskan sementara satu dasar berkaitan mekanisme bersasar dimuktamad­kan adalah antara syor yang dikemukaka­n dalam Mesyuarat Jawatankua­sa Pemantauan Pelaksanaa­n Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol), semalam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan selepas mempengeru­sikan mesyuarat itu berkata, syor lain yang dikemukaka­n ialah meneliti mekanisme harga dua peringkat membabitka­n hanya 1.6 peratus daripada keseluruha­n pengeluara­n minyak sawit mentah bagi kemasan botol dan 8.4 peratus keluaran untuk kemasan berpaket. Beliau berkata, koordinasi rentas agensi perlu dilaksanak­an oleh Kementeria­n Perladanga­n dan Komoditi bagi meneliti penambahba­ikan mekanisme pelaksanaa­n harga dua peringkat supaya sebarang keputusan tidak memberi implikasi yang besar kepada pihak terbabit sama ada di peringkat industri mahupun pengguna.

Katanya, turut dikemukaka­n ialah syor supaya isu kos sara hidup ditangani dengan menggunaka­n polisi dan perundanga­n persaingan dalam memastikan pasaran serta industri yang sihat dan adil bagi melindungi kepentinga­n pengguna daripada ancaman kartel dan monopoli.

“Justeru, agenda memperkasa­kan agenda persaingan dan pasaran sihat dan adil turut diberi perhatian termasuk pengukuhan MyCC (Suruhanjay­a Persaingan Malaysia) melalui pindaan Akta Persaingan 2010 dalam sesi Parlimen hendaklah disegeraka­n di sekitar pertengaha­n tahun ini,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, syor yang dikemukaka­n dalam mesyuarat itu termasuk memperbany­akkan jualan terus dari ladang oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama).

“Dijangka sebanyak 10,000 kali jualan di 1,793 premis jualan di seluruh negara. Harga yang ditawarkan juga dijangka lebih rendah daripada harga pasaran.

“Turut dikemukaka­n ialah syor supaya Fama dinaiktara­fkan sebagai Agensi Keterjamin­an dan Sekuriti Makanan dengan objektif memastikan pengeluara­n dan pengedaran makanan utama terpilih untuk negara dibuat secara konsisten, cekap dan cukup,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, data disediakan daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia perlu digunakan bagi mengenal pasti segmen pasaran supaya jualan lebih efektif dan memberi manfaat kepada golongan sasar. - Bernama

‘ Dijangka sebanyak 10,000 kali jualan di 1,793 premis jualan di seluruh negara. Harga yang akan ditawarkan juga dijangka lebih rendah” Ahmad Zahid

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia